Sejak penularan wabak yang kini telah diisytiharkan sebagai pandemik, ramai orang yang dahulunya berupaya untuk hidup dengan sederhana kini telah menerima nasib yang agak buruk, terutamanya bagi golongan peniaga.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, ada juga antaranya yang mengambil kesempatan dalam keadaan terkini untuk mula menceburi bidang perniagaan dengan meniaga secara kecil-kecilan.

@titinisfine/Twitter

Bagi Fatin Joe, seorang pelajar yang baru berusia 23 tahun bagaimanapun dengan beraninya telah menceburi bidang perniagaan dalam usia muda dengan menjual air minuman teh ais di dalam botol yang dinamakan sebagai Teatin.KL.

@titinisfine/Twitter

Menurut Fatin ketika ditemu bual oleh World of Buzz, dia memulakan perniagaan ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Tambahnya lagi, dia hanya mula belajar cara untuk menghasilkan teh ais yang enak ketika PKP mula dilaksanakan.

Hanya dalam masa yang singkat, wanita muda ini mampu untuk merealisasikan impiannya!

@titinisfine/Twitter

Menurut Fatin, dia lazimnya mempromosikan perniagaannya di laman sosial miliknya dan kini, Fatin berjaya menjual kira-kira 20-50 botol setiap hari yang membawa pulangan kira-kira RM200 setiap hari.

Walaupun kini Fatin sedang menjalani latihan industri bagi melengkapkan pengajian ijazah sarjana muda yang diambil, namun Fatin akui bahawa dia perlu bijak membahagikan masa untuk menyelesaikan semua pesanan pelanggan.

“Apabila pulang dari kerja, saya mula membuat kira-kira 20-50 botol air untuk menepati pesanan pelanggan.

“Tiada sebab untuk saya berhenti,” ujar usahawan muda ini yang pernah meniaga tudung secara dalam talian pada usia 18 tahun.

@titinisfine/Twitter

“Saya suka membuat pekerjaan sampingan ketika masih belajar. Saya boleh mendapat pendapatan dengan sendiri tanpa membebankan ibu bapa saya.”

Walaupun kini Fatin telah berjaya dengan perniagaan teh ais yang memberi pulangan kira-kira RM6,000 sebulan, Fatin akui bahawa dia tetap tidak kalis daripada menerima kritikan orang ramai.

“Ada orang yang berkata bahawa saya telah membazirkan ijazah sarjana muda yang dimiliki kerana saya akhirnya menjual teh ais seperti orang lain. Tetapi untuk saya, tidak kiralah apapun kerja yang anda lakukan, apa yang penting adalah untuk mempunyai semangat dalam perniagaan. Anda boleh memajukan perniagaan anda dengan ilmu yang anda pelajari di sekolah dan universiti,” luah Fatin.

@titinisfine/Twitter

Menutup temubual berkenaan, Fatin sempat memberi kata-kata semangat kepada mana-mana individu yang ingin menceburi bidang perniagaan.

“Cubalah untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang boleh menggembirakan anda dan keluarga anda. Jangan berputus asa walaupun hasilnya tidak sebaik yang diharapkan. Cari diri anda sendiri dalam pekerjaan anda. Tiada sebab untuk anda berhenti.”

@titinisfine/Twitter

Sememangnya, semangat yang dimiliki oleh usahawan muda ini memang sangat dipuji dan perlu dicontohi. Jika kita tidak mula mengambil langkah untuk mengubah kehidupan diri kita, siapa lagi yang akan lakukan untuk kita, bukan?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular