Gelombang k-wave yang dipacu oleh industri hiburan Korea Selatan kini telah ‘menghempas’ seluruh dunia dan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa gelombang ini telah membuatkan ramai orang tergila-gilakan selebriti dari negara itu.

Seorang nenek dari Filipina yang baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 70 ini bagaimanapun mungkin merupakan salah seorang daripada peminat fanatik drama Korea yang pernah anda ketahui selama ini.

Aurelia ‘Batch’ Galarrita, dengan jelas adalah peminat fanatik pelakon Park Seo Joon selepas sambutan ulang tahun kelahirannya dipenuhi dengan gambar pelakon itu. Anak Aurelia, Mel Galarrita Menes yang menyediakan sambutan itu bahkan turut menyediakan poster berdiri dengan saiz sebenar pelakon itu khas untuk ibunya yang tersayang!

Tetapi, disebabkan pandemik yang sedang melanda, sambutan itu hanya dihadiri oleh sanak-saudara keluarga itu melalui dalam talian sahaja. Tetapi yang pastinya, mereka mempunyai masa yang menyeronokkan!

“Terima kasih untuk semua yang anda lakukan untuk kami! Terima kasih kepada semua keluarga dan rakan-rakan yang menghantar video dan menghadiri ‘parti’ ini!” tulis Mel di laman Facebooknya.

Walaupun parti ulang tahun kelahiran ini tidak dapat dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan secara fizikal, namun ibu Mel jelas kelihatan gembira kerana setidak-tidaknya, Park Seo Joon telah ‘hadir’ ke partinya itu dan itu adalah lebih dari cukup! 

Daripada dekorasi parti, sehinggalah ke makanan yang disediakan, semuanya adalah dengan wajah Park Seo Joon!

Selepas kiriman daripada Mel mendapat perhatian ramai warganet, ada antara peminat pelakon itu yang berhasrat untuk mengambil poster berdiri Park Seo Joon yang disediakan untuk parti itu.

Tetapi malangnya, poster itu kini telah diletakkan dalam satu bilik khas untuk Park Seo Joon di rumah ibunya.

Wah, ini baru betul peminat sejati!

Mel turut menambah bahawa ibunya turut belajar bahasa Korea ketika di dalam tempoh kuarantin agar dia dapat berbual dengan pelakon kegemarannya itu apabila mereka bertemu kelak.

“Park Seo Joon membuatkan saya berasa muda di hati,”

Comel betul!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular