Sumber air adalah salah satu sumber yang paling penting untuk semua hidupan tidak kiralah manusia mahupun haiwan.

Oleh itu, dengan adanya sumber air di sesuatu kawasan, maka kita secara tidak langsung dapat menyaksikan pelbagai spesies haiwan akan mula memunculkan diri bagi menghilangkan kehausan.

Ring/Facebook

Menerusi satu kiriman yang dikongsikan oleh laman Ring di Facebook, dapat dilihat bahawa kira-kira 17 jenis haiwan mula muncul di sebuah kolam air pancut kecil sementara yang diletakkan di kawasan berdekatan hutan.

Ring/Facebook

Kolam sementara yang dinamakan sebagai kolam air pancut sementara Jennifer itu bagaimanapun adalah lain daripada yang lain kerana kolam itu turut diletakkan sebuah kamera untuk merakam kehadiran haiwan yang datang untuk meminum air daripada kolam itu tidak kira pada waktu siang atau malam.

Ring/Facebook

Idea yang bijak!

Daripada haiwan bersaiz besar seperti musang, sehinggalah haiwan kecil seperti burung pipit, semuanya datang ke kolam itu untuk mendapatkan air untuk diminum.

Lebih menarik, ular juga didapati datang ke lokasi itu untuk minum!

Ring/Facebook

Selain itu, haiwan seperti arnab, tupai, tikus dan pelbagai spesies burung turut datang ke kolam itu untuk meminum air dan ada juga antaranya yang singgah untuk bermandi-manda.

Memang comel betul gelagat haiwan-haiwan ini ketika ketiadaan pemangsa. Kesemuanya kelihatan tenang dan gembira menikmati alam semulajadi. Dan, video ini adalah buktinya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular