Umum ketahui bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini telah memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi negara dan untuk para peniaga kecil tempatan, impaknya adalah jauh lebih besar daripada apa yang kita boleh bayangkan.

Henri Lee, menerusi satu kiriman di laman Facebooknya pada Jumaat 23 Oktober ada berkongsi sebuah kisah menyayat hati tentang realiti yang sedang dihadapi oleh para peniaga kecil tempatan yang kebanyakannya hanya bergantung hidup dengan hasil jualan harian.

Gambar hiasan/Unsplash

“Adakah anda mahu tahu apa yang telah PKP lakukan?

Ahad lepas, saya mengikut emak saya ke pasar malam untuk membeli barangan runcit untuk minggu ini. Saya gembira kerana dapat pergi ke pasar bersama ibu saya setelah berbulan-bulan tidak dapat berbuat demikian. Di pasar malam, saya pergi ke gerai soya. Saya juga sudah lama tidak berjumpa dengan pak cik penjual soya itu.

Saya membesar dengan meminum soya daripada gerainya kerana soya yang dijual olehnya adalah antara yang terbaik dan termurah di Subang. Saya tidak sabar untuk merasai soya daripadanya semula setelah sekian lama.

Sesampai di sana, perkara pertama yang mengejutkan saya adalah betapa kosongnya gerainya. Sebelum PKP, anda perlu menunggu kira-kira 5 minit untuk memesan minuman anda kerana sebegitu ramai orang yang berada di gerainya pada setiap kali untuk merasa soya dari gerainya. Kali ini, saya boleh terus sampai ke gerai dan memesan minuman saya.

Henri Lee/Facebook

Ketika pakcik itu sedang menyediakan minuman saya, saya memutuskan untuk bertanya satu soalan.

“Pakcik, adakah kamu baik-baik sahaja?”

Dia berhenti membuat minuman saya, melihat saya, dan menggelengkan kepalanya. 

“Saya tidak baik.”

“Saya sangat susah untuk mencari duit. Dahulu pada bulan Mac apabila PKP dilaksanakan, saya ingat bahawa saya tidak dapat melakukannya. Saya ada keluarga untuk diberi makan. Biasanya saya buka tiga tempat untuk menjual soya, sekarang dua tempat masih tidak boleh dibuka atas sebab prosedur operasi standard (SOP). Di sini, perniagaan telah jatuh lebih daripada separuh pendapatan biasa saya. Apabila perniagaan semakin baik, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sekali lagi, perniagaan saya jatuh.”

Saya hanya mampu berdiri di situ dan mendengar luahannya.

Gambar hiasan/Unsplash

“Apabila kamu mempunyai keluarga nanti, baru kamu akan faham tekanannya apabila kamu tidak dapat memberi kepada keluarga. Sekarang adalah masa yang sukar.”

Pakcik itu kemudiannya mula menceritakan kisah hidupnya tentang bagaimana dia telah melakukan banyak kerja sebelum akhirnya memutuskan untuk menjual soya. Dia menemui kepakarannya dalam pembuatan soya, jadi disebabkan itu di menjualnya sehingga ke hari ni.

Pakcik itu kemudiannya juga bertanya sedikit sebanyak tentang kemas kini hidup saya. Saya berkongsi sedikit tentang kemajuan hidup saya. Saya berterima kasih kepada dia sebelum saya pergi dan mengambil gambar gerainya untuk mempromosikan gerainya itu di dalam kiriman ‘story’ Instagram saya.

Untuk bahagian ibu saya pula, ibu saya rapat dengan penjual sayur kerana ibu saya telah membeli sayur daripadanya selama bertahun-tahun. Dia juga memberitahu bagaimana mereka semua bergelut dengan kesan pandemik ini, dan PKPB ini telah merosakkan jualan mereka.

Mereka terpaksa menaikkan harga sayur supaya mereka mempunyai wang yang cukup untuk hidup. Sambil kami berpindah dari gerai ke gerai untuk membeli barang runcit, ramai daripada mereka juga mengatakan perkara yang sama.

Ada yang sudah berada di ambang untuk menamatkan perniagaan mereka kerana mereka tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Perkara ini memang mematahkan hati saya untuk mengetahuinya.

Gambar hiasan/Unsplash

Tidak lama dahulu, kita pernah mendengar bagaimana penjual nasi ayam dari Jenjarom yang perlu berulang alik ke Subang setiap hari untuk menjual nasi ayam didenda sebanyak RM3,000 kerana membawa lebih daripada dua orang penumpang di dalam kereta dan hal itu telah melanggar SOP.

Saya kenal kawan-kawan yang kehilangan pekerjaan mereka atau dipotong gaji kerana pandemik ini. Saya secara peribadi mempunyai rakan-rakan yang kehilangan pekerjaan mereka kerana pandemik ini. Secara peribadi saya telah mengenali seorang kawan yang bertungkus lumus untuk duduk di rumah kerana persekitarannya toksik.

Saya tidak tahu bahawa gelombang ketiga Covid-19 ini yang terutamanya disumbangkan oleh ahli politik yang tamak dan mencari kuasa yang merasakan mereka melebihi undang-undang. Barisan hadapan telah bekerja tanpa henti dan rakyat patuh mengikut SOP.

Kemudian politik datang.

Anda ada beberapa orang yang berharap agar PKP akan berlaku lagi. Adakah anda tidak tahu impak yang PKP bawa?

Anda mempunyai orang yang sedang bergelut untuk memberi makan kepada dirinya sendiri.

Anda mempunyai orang yang mati kerana penyakit ini.

Anda mempunyai orang yang hilang akal.

Anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang terjejas kerana kehilangan orang tersayang mereka akibat virus ini.

Anda ada orang yang didera dalam rumahtangga mereka.

Anda mempunyai orang yang melihat bil mereka dan berfikir bahawa ini adalah pengakhiran buat mereka.

Gambar hiasan/Unsplash

Saya akan katakannya sekali, dan saya akan katakannya sekali lagi. Jika anda adalah salah seorang daripada mereka yang berharap agar PKP dilaksanakan lagi untuk manfaat anda sendiri atau kerana anda menyukainya, ini adalah bermakna sama ada anda begitu istimewa atau begitu jahil. Hanya untuk seketika, cuba buka mata anda dan lihat apa maksudnya untuk ramai lagi yang bertungkus lumus untuk bertahan daripada pandemik ini.

Pentingkan diri sendiri. Dengar sahaja diri anda yang berkata ′′Saya mahu PKP′′ sekali lagi.

Selagi boleh, saya akan cuba sedaya upaya untuk berhenti membeli daripada syarikat besar dan akan membeli produk tempatan sepenuhnya. Perniagaan kecil dan orang tempatan memerlukan bantuan kita.

Nasi lemak dari mak cik yang bertentangan dengan sekolah? Ayuh! Belilah!

Mamak? Ya, makanlah.

McDonalds? Tidak, itu boleh ditunggu.

Gambar hiasan/Unsplash

Buat masa ini, itu sahaja yang saya boleh bantu. Sokonglah perniagaan kecil tempatan anda. Saya cuba mengusahakan sesuatu tentang ini. Harap-harap perkara ini sampai kepada orang ramai.

Inilah pakcik soya saya. Dia berniaga di pasar malam SS13 dari jam 2 petang keatas. Bantulah dia. Soya yang dijualnya murah dan sedap! Carilah gerai yang bernama ′′Sky Sun”.

Suntingan: Ramai yang menegur tentang maksud saya apabila saya menggelar orang yang mahu PKP dilaksanakan semula sebagai “orang yang pentingkan diri sendiri”. Saya telah menyuntingnya kepada “orang yang mahukan PKP untuk manfaat mereka sendiri”. Saya tidak mengatakan dalam niat sebenar bahawa anda mahu PKP, tetapi saya menonjolkan hakikat bahawa PKP membawa kesan yang menghancurkan kepada jutaan rakyat.

Saya terima bahawa walaupun saya adalah insan yang terlindung daripada kesan PKP, saya masih boleh hidup dengan selesa. Saya dirahmati. Sesetengah orang tidak, dan melihat perkara ini adalah kerana permainan politik, membuatkan saya sangat kecewa dan marah. Sebab itu, sekurang-kurangnya apa yang saya boleh lakukan adalah dengan mengurangkan beban mereka dengan menyokong produk mereka sementara saya masih mampu.

Gambar hiasan/Unsplash

Objektif saya daripada kiriman ini masih kekal satu, iaitu untuk menggalakkan orang ramai untuk menyokong perniagaan kecil. Syarikat besar memang mempunyai bahagian masalah mereka yang adil, saya akui.

Walau bagaimanapun, saya secara peribadi merasakan bahawa mereka mempunyai banyak lapisan kusyen untuk dialas sebelum akhirnya mereka menjadi benar-benar terkesan. Bagi mereka yang bergantung kepada jualan harian, ada yang sudah jatuh pada kusyen yang terakhir mereka.

Cara terbaik adalah dengan masih mengamalkan SOP. Lakukan jarak sosial, basuh tangan anda dan pakai pelitup muka dengan betul (bukan dengan hidung yang terkeluar.)”

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 8,400 reaksi, lebih dari 7,600 perkongsian dan 519 komen.

Ada benarnya ulasan dari Henri, apa yang perlu kita lakukan untuk membantu para peniaga kecil yang terkesan ini sebenarnya adalah sangat mudah, iaitu dengan cara membeli dan menyokong perniagaan kecil mereka. Bantulah selagi kita mampu, agar semua rakyat Malaysia boleh kembali hidup seperti sedia kala.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular