ALOR SETAR- Niat seorang lelaki untuk menanam pokok durian terpaksa dilupakan apabila dia ditahan ketika leka meratakan tanah secara haram di Hutan Simpan Kekal Langkawi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Roslan Rani, berkata lelaki berusia 47 tahun itu dikesan melakukan kegiatan itu di Kompartmen 1 Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi, sejak seminggu lalu. Selepas menerima maklumat, lelaki tersebut akhirnya berjaya ditahan pada jam petang, 23 Oktober lalu.

Facebook

Antara alatan bercucuk tanam yang turut dirampas ketika itu adalah mesin gergaji, motosikal, parang, cangkul dan penggali lubang.

Menurut Roslan lagi, dianggarkan pelbagai jenis pokok yang ada di tanah seluas 0.2 hektar sudah ditebang dan dibersihkan tanpa kebenaran.

Roslan berkata, lelaki tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya lagi, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 81(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1985 kerana membersih dan membajak tanah untuk tanaman, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Lelaki tersebut yang merupakan penduduk pulau itu akan disiasat mengikut Seksyen 47(1) akta yang sama iaitu memasuki hutan tanpa kebenaran yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Lelaki terbabit ditahan reman 24 jam di lokap IPD Langkawi dan mesin gergaji serta peralatan yang digunakan akan disita,” katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular