Dua beradik serta seorang wanita telah ditahan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara kerana terlibat melarikan kereta peronda polis.

Kereta jenis MPV model Honda Civic 1.85 berkenaan kemudiannya ditemui semula di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada awal pagi 25 Oktober.

Kedua-dua beradik berusia 28 dan 32 tahun itu dipercayai datang ke bahagian kenderaan dan mendakwa mereka adalah anggota polis dari bahagian Sumber Teknologi Maklumat.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Mereka katanya mahu membuat pemeriksaan ke atas kamera (dashcam) yang digunakan dan terdapat di dalam MPV tersebut.

Penyelia bahagian kenderaan berpangkat sarjan itu hanya menyedari kenderaan tersebut dilarikan selepas setengah jam, di mana suspek tidak kembali semula ke IPD dan kenderaan gagal dihubungi.

Siasatan mendapati suspek bertindak kemudian kerana mahu menunjuk kepada teman wanitanya.

Suspek pada mulanya dipercayai mengambil teman wanitanya di Tasek Gelugor dan pasangan tesebut difahamkan cuba menyamun sebuah kedai runcit sebelum menuju ke Shah Alam.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Kenderaan itu dikesan berada di Shah Alam dan beberapa jam kemudian polis berjaya menahan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita.

Susulan penahanan berkenaan, pihak polis juga turut menahan seorang lagi lelaki, iaitu adik kepada suspek pertama di Tasek Gelugor.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Menurut pihak polis, suspek utama itu pernah ditahan pada 15 Oktober lalu kerana mencuri kabel elektrik, sementara kedua-dua beradik itu memiliki pelbagai rekod jenayah lampau serta dadah dan merupakan penagih dadah tegar. Siasatan awal mendapati bahawa suspek utama yang melarikan MPV itu mempunyai masalah mental.

Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis IPD Seberang Perai Utara di bawah Seksyen 379A dan 170 Kanun Keseksaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular