BANDAR SERI BEGAWAN – Anakanda Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan telah mangkat pada semalam, Sabtu, 24 Oktober 2020, pada jam 10:08 pagi. Berita duka itu diumumkan oleh stesen televisyen dan radio milik negara Brunei pada jam 3 petang.

Oriental Daily

Menerusi laporan media juga, jenazah baginda dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar. Ekoran kemangkatan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyat negara itu mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula pada hari semalam.

Putera Pengeran Haji Abdul Azim dilahirkan pada 29 Julai 1982 di Bandar Seri Begawan dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, UK.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular