Petua memakai bancuhan serbuk kunyit pada muka sudah lama menjadi amalan terutamanya buat masyarakat terdahulu.

Sapuan kunyit pada muka ini dipercayai berupaya menjadikan kulit lebih sihat, bersinar dan bersih daripada jerawat.

Akan tetapi, lain pula yang berlaku pada seorang gadis dari Indonesia, yang menggunakan nama akaun @ibuibuyakult di laman Twitter.

@ibuibuyakult/Twitter

Gadis itu berkongsi kisah ‘ngeri’ warna kuning pada wajahnya tidak dapat dihilangkan setelah menyapu masker kunyit. Tidak!

Jelasnya, petua itu disarankan oleh ibunya. “Ia kekal di kulit muka saya untuk tempoh dua hari”, akuinya.

@ibuibuyakult/Twitter

“Sejujurnya, saya terpaksa bekerja keras untuk menghilangkan warna tersebut”. 

Dalam pada itu, ada pengguna memberi cadangan padanya untuk menggunakan bahan pencuci untuk menghilangkan kesan sapuan kunyit itu.

@ibuibuyakult/Twitter

Ada juga yang mengatakan bahawa gadis tersebut terlebih menggunakan kunyit. Sebab itulah warnanya sukar dihilangkan.

@ibuibuyakult/Twitter

Dan nampaknya ada juga pengguna yang pernah melalui pengalaman warna kunyit yang tidak hilang selepas memakai masker sebegini..

@ibuibuyakult/Twitter

Kunyit sebenarnya mengandungi komponen anti-radang dan antioksidan. Ciri-ciri ini menjadikan kunyit mampu menjadikan kulit anda lebih berseri secara semula jadi.

Tetapi jangan terlebih pula ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular