Nama Malaysia kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat Asia Timur, terutamanya buat masyakarat dari Korea Selatan dan juga Jepun.

Di laman YouTube misalnya, kita dapat lihat banyak video-video mereka yang menzahirkan rasa cinta pada tanah air kita.

Seperti pemuda dari Jepun bernama Kaiji ini. Baru-baru ini, satu video yang menunjukkan kebolehan pemuda itu mengenal pasti peta Malaysia telah dimuat naik.

Ridzbored/Facebook

Ujar pemuda yang pernah belajar di Brunei dan menetap di Indonesia itu, dia juga ada belajar Sejarah lantas membolehkannya mengetahui tentang Hari Malaysia.

Dalam cabaran ini, Kaiji diminta menunjukkan lokasi negeri pada peta Malaysia yang tidak dinamakan. Negeri pertama yang disoal adalah Terengganu.

Nampaknya Kaiji dapat menjawabnya dengan tepat. Begitu juga dengan Sarawak dan Sabah. Malah Kaiji juga dapat mengenal pasti lokasi Labuan dan juga Brunei. Hebat!

Ridzbored/Facebook

Kemudian Kaiji turut dapat menunjukkan lokasi negeri Johor dengan betul, memandangkan ia berdekatan dengan Singapura. Kedudukan negeri Perlis juga nampaknya Kaiji tahu.

Namun Kaiji gagal menunjukkan lokasi negeri Perak dengan tepat, sebaliknya menunjukkan Perak di negeri Kedah. Agak menakjubkan juga apabila Kaiji tahu kedudukan Pulau Pinang.

Negeri Kelantan agak mudah juga buat Kaiji. Sungguh pun begitu, dia agak teragak-agak untuk mengenal pasti Negeri Sembilan.

Ridzbored/Facebook

“Negeri Sembilan, sembilan bukan? Bererti mesti luas ya?”, soal Kaiji. Akan tetapi tangannya kemudian menunjukkan kedudukan yang tepat.

Sebut sahaja Melaka, dengan pantas Kaiji menunjukkan kedudukan negeri bersejarah terbabit. Menurutnya, dia pernah ke Melaka sendirian ketika berumur 21 tahun.

Seterusnya negeri Pahang dan juga Selangor turut berjaya dijawab oleh Kaiji. Secara keseluruhannya, Kaiji hanya salah menunjukkan satu negeri sahaja.

Syabas Kaiji! Anda boleh lihat video penuhnya di bawah :

Ridzbored/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular