Baru-baru ini, seorang bapa kepada dua anak perempuan terpaksa berhijrah ke Serdang di Selangor dan menjual yau char kwai atau kuih cakoi demi menyara kehidupan yang semakin sukar ketika berada di Johor Bahru.

Kisahnya yang tular telah menarik perhatian ramai untuk menyokong perniagaannya.

Bapa ini yang berasal dari Johor Bahru, pertama kali mendapat perhatian netizen pada awal bulan Jun, ketika dia menggunakan laman Facebook untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong perniagaan yau char kwai barunya.

Dalam posting di kumpulan Facebook komuniti pada 6 Jun, dia mengatakan bahawa seorang rakan prihatin yang baik hati telah membekalkan kepadanya bahan dan mengajarnya secara percuma tentang bagaimana membuat snek makanan ringan daripada seorang pengusaha makanan untuk menjalankan perniagaan yang sama.

“Saya akan terus bekerja keras dengan lebih gigih lagi untuk melakukan yang terbaik!” tulis bapa ini.

“Jangan beri saya wang, selagi anda menyokong perniagaan saya dan memberi maklum balas yang baik itu sudah mencukupi. Sekiranya saya dapat melakukannya dengan baik, maka saya akan dapat menjana wang untuk membayar sewa. Dan saya akan dapat menyelesaikan masalah-masalah lain kemudian,” tulis bapa ini.

Difahamkan, bapa ini adalah penjaga tunggal dua anak perempuannya yang berusia 6 dan 10 tahun. Dia menamakan perniagaannya ‘Hao Ba You Tiao’, yang diterjemahkan ‘Bapa Baik You Tiao’.

Bapa ini memulakan perniagaannya pada 4 Jun di sebuah kopitiam di Jalan Anggerik 39, Johor Jaya tetapi mengalami kesukaran setelah memulakan perniagaannya di Johor Bahru.

Beberapa bulan kemudian, dia berpindah ke Seri Kembangan, Selangor, dengan harapan dapat menjana lebih banyak wang di bandar besar.

Dia kini menjalankan perniagaan di sebuah gerai yang terletak di luar Restoran Peng Chu di Jalan SP 2/3, Taman Serdang Perdana.

Dalam gambar gerai barunya menunjukkan nota yang menulis, “Kami adalah Hao Ba You Tiao. Baru tiba dari Johor Bahru dan tidak mempunyai rumah sewa untuk tinggal. Kami perlu mendapatkan rumah sewa. Bolehkah anda membantu saya? “

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook pada 22 Oktober.

Dalam keterangan gambar tersebut, dinyatakan bapa ini menjual yau char kwai (cakoi), donat lima rempah, donat kacang merah dan donat bijan dengan harga RM1 setiap satu.

“Tidak mudah bagi seorang bapa untuk mengurus dua anak perempuannya. Pandemik COVID-19 yang berlaku kini lebih memburukkan keadaan. Dia kehilangan pendapatan dan poketnya kosong untuk menyara kehidupan. Orang dewasa boleh memilih untuk tidak makan, tetapi anak-anak tidak boleh,” tulisnya.

“Tolong sokong perniagaan bapa!” 

Posting tersebut menjadi tular dengan lebih 6,400 perkongsian.

Ramai netizen berjanji untuk ke gerai tersebut dan memberi sokongan kepada bapa tunggal ini.

“Kagum dengan dedikasi dan sikapnya yang tidak pernah berputus asa. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari nafkah jujur. Pasti akan menyokongnya walaupun Serdang tidak dekat dengan saya ketika PKPB ini,” komen seorang netizen.

“Semoga dia berniaga dengan baik dan berharap dapat menyewa tempat  tinggal yang baik tidak lama lagi.”

“Dia tidak meminta sumbangan. Dia hanya meminta semua orang untuk menyokong perniagaannya dengan membeli yau char kwai jika berada di lokasi itu. Dia memiliki sikap yang kuat,” puji seorang netizen.

Sementara ada pengguna Facebook yang meminta nombor akaun bank bapa ini supaya dapat menderma dan meringankan beban kewangannya yang terpaksa menyara dua orang anak, tetapi seorang rakan netizen menasihati untuk tidak melakukannya.

“Pergi bantunya dan biarkan dia menjana wang daripada jualan yau char kwai. Ini akan menjaga maruahnya sebagai peniaga daripada meminta-minta,” seorang netizen berpendapat.

Anda boleh mengunjungi Hao Ba You Tiao di alamat ini:

13, Jalan SP 2/3, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 malam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular