Seorang wanita di China berhadapan dengan detik yang tidak disangka ketika bersama-sama rakan menikmati hidangan di sebuah restoran.

Wanita tersebut, Xiao Li difahamkan ke tandas sebentar dan sejurus sahaja dia keluar daripada tandas, dia mendapati sepuluh orang rakannya tiada di meja makan.

Lebih mengejutkan lagi apabila Xiao Li kemudiannya telah dibawa ke balai polis ekoran pesanan makanan terlalu banyak dan tidak mampu menjelaskan bil.

Gambar Hiasan/Unsplash

Insiden tersebut dipercayai berlaku di bandar Baoshan, Yunnan, China. Jelas sumber, Xiao Li sebenarnya diundang untuk menyertai sesi makan malam di restoran terbabit oleh rakannya.

Laporan mendedahkan bahawa kesemua hidangan itu menelan kos berjumlah 500 yuan (RM310) dan Xiao Li malangnya hanya mempunyai wang berjumlah 200 yuan sahaja pada malam itu.

Bahkan pembayaran dalam talian menggunakan aplikasi WeChatnya juga tidak boleh dilakukan ekoran kekurangan baki.

Pemilik restoran barbeku itu pula berkeras mahu Xiao Li menjelaskan semua bayaran sebelum meninggalkan restoran terbabit.

Ini membuatkan Xiao Li tergamam kerana sesi makan malam itu langsung tidak dicadangkan olehnya.

Oriental Daily

“Saya hanya diundang untuk makan malam, namun saya tidak sangka saya telah diambil kesempatan untuk membayar semua”, kata Xiao.

Xiao Li kemudian dibawa semula ke restoran tersebut dan dia diminta mengumpulkan semua wang tunai untuk menjelaskan bayaran. 

Sebelum itu, Xiao Li ada menghubungi rakan untuk memberikan wang bagi membolehkannya menjelaskan bil bayaran tersebut.

Malangnya, tiada seorang pun rakannya muncul untuk membantu. Kasihan Xiao Li..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular