Seorang lelaki berasal dari Sussex, United Kingdom telah berjaya meraih hampir £5,000 (RM27,000) untuk disumbangkan kepada gelandangan menerusi hasil lukisan amal.

Semuanya bermula apabila Phil Heckels atau nama penanya, ‘Hercule Van Wolfwinkle’ melukis gambar anjing peliharaannya ketika menemani anaknya mewarna.

BBC

Dia kemudian memuat naik foto itu ke Facebook dan bergurau dengan meletakkan harga hasil lukisannya itu sebanyak £299 (RM1619.00)

Mengejutkan apabila ramai pengguna yang berminat dan membanjiri peti mesej Phil di laman Facebook!

“Saya fikir orang merasakan hasil lukisan itu agak lucu, lebih-lebih lagi ketika mereka tidak rasa mahu tersenyum langsung”, kata Phil.

Ramai yang sukakan hasil lukisan Phil itu dan sanggup berhabis untuk mendapatkannya. “Saya tak boleh ambil wang mereka. Hasil lukisan saya merepek”.

BBC

Oleh yang demikian, Phil kemudian mula mewujudkan laman Just Giving dan mencadangkan agar orang ramai memberi sumbangan daripada membelinya.

Dalam tempoh lima minggu, permintaan lukisan lelaki berusia 38 tahun itu meningkat dan berjaya mengumpul dana sebanyak £4,903 (RM26,000) untuk projek amal untuk Turning Tides.

Badan berkenaan ditubuhkan bertujuan untuk memberi sokongan dan membantu golongan gelandangan.

Oleh yang demikian, kini Phil difahamkan perlu menghasilkan 150 lukisan dalam seminggu dan mempunyai sebanyak 600 lagi permintaan.

BBC

“Ianya sedikit sebanyak memberikan keseronokan buat semua, termasuk saya. Jika saya stres, saya akan berhenti seketika”.

Namun Phil berkata bahawa dia akan cuba sedaya upaya untuk mengumpul lagi dana untuk disumbangkan pada Turning Tides.

“Sasaran saya seterusnya adalah untuk mengumpul £10,000 (RM54,000)”. Semoga Phil berjaya mencapai sasarannya!

Jom lihat lagi lukisan Phil :

BBC

BBC

BBC

BBC

BBC

BBC

Terhibur dibuatnya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular