Pepatah Inggeris mengatakan anjing itu sahabat baik manusia adalah amat bertepatan apabila seorang kanak-kanak perempuan merakam videonya yang beraksi cemerlang agak luar biasa bersama anjing kesayangannya yang bijak dan ia menjadi tular. 

Dalam klip video yang telah ditonton lebih dua juta kali, gadis kecil itu dan anjing kesayangannya serasi menunjukkan beberapa gerakan gimnastik kreatif. 

Paparan Skrin / Twitter

Apa yang mengagumkan anjing itu amat memahami tuan kecilnya dengan mengikuti setiap arahan yang diisyaratkan untuknya membuatkan persembahan itu menjadi amat menghiburkan.

Paparan Skrin / Twitter

Anjing ini memberi respon yang baik ke atas semua arahan tuan kecilnya yang comel beraksi.

Paparan Skrin / Twitter

Dalam beberapa keadaan, anjing ini mengikuti pergerakan gadis kecil itu menampilkan lompatan dan pertunjukan gimnastik yang lancar.

Paparan Skrin / Twitter

Anda pasti berasa amat bertuah dan tersenyum setiap hari apabila memiliki anjing seperti ini setelah melihat kedua-duanya melakukan perkara kegemaran sehati sejiwa bersama-sama.

Paparan Skrin / Twitter

Anjing bersama gadis kecil ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar saling memahami, lincah dan tidak membosankan.

Paparan Skrin / Twitter

Salah satu saat paling lucu adalah ketika haiwan peliharaan ini melompat di atas tuan kecilnya ketika dia berdiri di atas kepala sambil mengekalkan bentuk V. 

Paparan Skrin / Twitter

Duo serasi ini melakukan beberapa aksi yang menghiburkan membuat jutaan netizen terus menontonnya tanpa jemu.

Paparan Skrin / Twitter

Terutamanya kerana berasa kagum dengan kebijaksanaan anjing ini yang memahami setiap gerakan dan arahan tuan kecilnya.

Paparan Skrin / Twitter

Di akhir rakaman video itu, mereka melambai mengucapkan selamat tinggal kepada penonton dengan mengangkat tangan sambil anjing itu mengangkat kakinya dengan menampilkan wajahnya yang ceria dan comel.

Tonton video comel ini di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular