Sebuah keluarga yang terdiri daripada sembilan orang di China telah dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami keracunan makanan.

Insiden tersebut berlaku apabila mereka difahamkan telah memakan hidangan mi ‘Suangtangzi’ yang telah menjalani fermentasi dan disimpan di dalam peti sejuk pada 5 Oktober lalu.

Tujuh orang dewasa dilaporkan meninggal dunia lima hari kemudiannya. Kematian ke-8 pula berlaku pada 12 Oktober, sementara ke-9 berlaku pada 19 Oktober.

Metro UK

Walau bagaimanapun, tiga orang kanak-kanak yang turut dihidangkan mi berkenaan terselamat apabila mereka enggan memakannya disebabkan rasanya.

Jelas Pengarah Keselamatan Makanan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilonjiang, Gao Fei, ahli keluarga tersebut meninggal ekoran keracunan asid ‘bongkrek’.

Ianya sering membawa maut. Simptom juga sering kali bermula beberapa jam selepas memakan makanan yang telah tercemar, termasuklah sakit perut, berpeluh, lemah badan dan juga koma.

Foto hiasan/Pixabay

“Ia berupaya menyebabkan kerosakan serius pada organ manusia – hati, buah pinggang, jantung dan otak. Sehingga kini masih tiada penawar”, kata Gao.

Tambahnya, sekali telah diracuni, kadar kematian adalah tinggi (40% hingga 100%). Individu boleh meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan tercemar.

Asid bongkrek merupakan toksin pernafasan terhasil pada kelapa atau jagung yang menjalani proses fermentasi dan telah dijangkiti bakteria.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular