Kami pasti ramai yang setuju apabila dikatakan bahawa menu sotong goreng tepung adalah salah satu menu kegemaran ramai apabila mereka berkunjung ke restoran masakan siam. Mana tidaknya, dengan rasa sotongnya yang segar dengan salutan tepung goreng yang rangup, hampir tiada siapa yang mampu menolaknya!

Rafidah Arshad/Facebook

Tetapi tahukah anda, cara untuk mendapatkan sotong goreng tepung yang enak sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan campuran bahan-bahan yang mencukupi, kini dapur anda sudah setaraf restoran!

Dan, yang paling penting sekali, resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Faidha ini juga tidak akan menyebabkan sotong meletup-letup ketika digoreng.

Jadi, mari kita ketahui resipi sotong goreng tepung yang menyelerakan ini. 

Bahan-bahannya:

Rafidah Arshad/Facebook

  1. Sotong yang telah dipotong
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 1 cawan tepung jagung
  4. 2 sudu besar tepung goreng serbaguna (pilihan masing-masing)
  5. 1 biji telur
  6. Minyak masak yang banyak
  7. Sedikit garam (pilihan)
  8. Sedikit serbuk lada hitam (pilihan)

Rafidah Arshad/Facebook

Cara-cara memasak:

1. Campur rata ketiga-tiga jenis tepung dalam mangkuk dan ketepikan.

2. Pecahkan telur di dalam semangkuk sotong yang telah dipotong. Gaul rata.

Rafidah Arshad/Facebook

3. Segera angkat sotong dan bedakkan sotong di dalam bekas tepung yang telah dicampur sebentar tadi.

4. Goreng sotong di dalam minyak masak (pastikan minyak masak betul-betul panas sebelum sotong dimasukkan).

5. Apabila sotong telah masak, angkat dan hidangkan.

Rafidah Arshad/Facebook

Mudah betul resipi ini. Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular