Kadang-kala, perut kita boleh berasa lapar pada waktu-waktu yang tidak dijangka seperti waktu tengah malam. Dan pada waktu itu, adalah agak sukar untuk kita memesan makanan daripada restoran mahupun keluar membeli makanan.

Usah risau, kami ada cara penyelesaian yang mudah dan semestinya mengeyangkan untuk anda. Paling penting, anda hanya memerlukan periuk tanpa lekat untuk memasaknya!

azirahalyanie/Instagram

Dengan resipi piza yang menggunakan roti putih dari Puan Azira Halyanie ini, anda boleh mendapat rasa piza yang sangat menyelerakan dan jika dibuat untuk keluargapun, kami jamin semuanya akan licin!

Jom ketahui resipinya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Roti putih yang dipotong dadu
  2. 3 biji telur
  3. Lada hitam secukup rasa
  4. Lada putih secukup rasa
  5. Keju mozarella
  6. Sos cili
  7. Sos keju
  8. Serbuk oregano secukup rasa
  9. Sosej atau apa-apa topping pilihan

Cara memasak:

1. Potong roti putih menjadi bentuk dadu.

azirahalyanie/Instagram

2. Adukkan 3 biji telur bersama lada putih dan lada hitam secukup rasa.

azirahalyanie/Instagram

3. Masukkan roti ke dalam telur yang telah diaduk dan pastikan semua telur diserap oleh roti.

azirahalyanie/Instagram

4. Panaskan kuali tanpa lekat di atas api kecil dan tuangkan roti yang telah disalut dengan telur sebentar tadi. Lenyekkan menjadi bentuk mirip doh piza.

azirahalyanie/Instagram

5. Sapukan sos cili dan sos keju pada permukaan roti.

azirahalyanie/Instagram

6. Susunkan sosej atau topping pilihan di atas roti.

azirahalyanie/Instagram

7. Taburkan keju mozarella mengikut selera masing-masing.

azirahalyanie/Instagram

8. Taburkan serbuk oregano secukup rasa.

azirahalyanie/Instagram

9. Masakkan piza dengan menggunakan api kecil dan tutup periuk menggunakan penutup sehingga roti menjadi garing dan keju mencair.

azirahalyanie/Instagram

Piza anda sudah siap! Mudah sungguh resipi ini. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular