Momen kelahiran bayi ke dunia adalah salah satu momen ajaib yang berlaku dalam kehidupan. Berikutan itu, ramai orang yang cuba untuk merakam momen indah ini dengan mengabadikannya dalam bentuk gambar atau video.

Bagaimanapun, sekeping gambar bayi yang baru lahir ini semestinya adalah satu gambar yang tiada tandingannya. Dr. Samer Cheaib adalah seorang pakar obstetrik dan pakar sakit puan yang telah menyambut kelahiran beratus-ratus bayi.

Tetapi pada beberapa minggu yang lalu, Dr. Samer telah selamat menyambut kelahiran sepasang kembar dan salah seorang bayi itu telah berjaya menarik perhatian ramai dengan gelagat spontannya sejurus selepas dilahirkan.

Bayi berkenaan yang pada waktu dirakam masih lagi baharu dilahirkan dilihat sedang dipegang dengan baik oleh Dr. Samer dan dalam masa yang sama, bayi itu kelihatan sedang menarik pelitup muka yang dipakai oleh Dr. Samer. Gelagat spontan bayi ini seterusnya telah mengukir senyuman pada wajah Dr. Samer sebelum bayi itu sempat membuka mata melihat dunia lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Samer Cheaib د سامر شعيب (@dr.samercheaib) on

Memang comel betul!

Kerana rasa gembira, Dr. Samer yang berusia 42 tahun itu telah memutuskan untuk memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagramnya dan tanpa disangka-sangka, kiriman gambar itu telah menjadi tular dan membuatkan Dr. Samer dan bayi yang comel itu mendapat perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Samer Cheaib د سامر شعيب (@dr.samercheaib) on

Menurut Dr. Samer, beliau percaya bahawa gelagat spontan bayi yang baru dilahirkan itu adalah salah satu simbol yang besar untuk abad ini dan tindakannya itu juga membawa simbol semulajadi manusia yang mahu menanggalkan pelitup muka yang dipakai.

“Reaksi semula jadi bayi ini seolah-olah melambangkan pengakhiran COVID-19. Gambar ini membuatkan orang ramai berasa terharu dan empati, kerana semua orang mahu menanggalkan pelitup muka masing-masing secepat mungkin,” kata Dr. Samer.

“Gambar ini mengandungi tenaga yang positif, jadi orang ramai tanpa disedari akan tersenyum, bayi ini mahukan dunia tanpa pelitup muka,” tambahnya lagi.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular