Kisah seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun di China menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak menggunakan botol plastik jenis PET dalam tempoh yang lama selepas kanak-kanak itu didapati mula mengidap masalah penyakit kulit.

Gambar hiasan/Unsplash

Menurut perkongsian daripada pakar neflrologi, Hong Yongxiang, dalam sebuah temubual di televisyen, kanak-kanak berkenaan didapati telah menggunakan botol plastik PET iaitu botol minuman biasa yang dijual bersama air minuman secara komersial selama satu tahun dan tidak pernah menukarnya. 

Yang memburukkan lagi keadaan adalah kerana kanak-kanak tersebut juga pernah menghidap penyakit dermatitis atopik sejak kecil dan penyakit itu sudahpun beransur pulih sejak kanak-kanak itu mula bersekolah rendah.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu memaklumkan kepada doktor bahawa sejak setahun yang lalu, anaknya mula mendapat jangkitan saluran kencing dan selepas mendapat rawatan daripada doktor, anaknya juga dinasihatkan untuk selalu meminum air yang banyak.

Tetapi, walaupun selepas mengamalkan segala nasihat daripada doktor, kanak-kanak itu masih lagi mendapat penyakit dermatitis atopik yang dahulunya sudah beransur pulih. Keadaan kesihatan yang agak aneh ini membuatkan Hong Yongxiang berasa hairan kerana tidak mungkin pengambilan air yang banyak menyebabkan kemunculan penyakit.

Gambar hiasan/Unsplash

Disebabkan itu, Hong Yongxiang memutuskan untuk meminta ibu kanak-kanak itu membawa botol yang selalu digunakan oleh kanak-kanak berkenaan dalam sesi rawatan yang seterusnya.

Satu minggu kemudian, alangkah terkejutnya Hong Yongxiang apabila mengetahui bahawa rupa-rupanya kanak-kanak itu telah menggunakan botol plastik biasa selama satu tahun lamanya dan botol itu tidak pernah ditukar.

Dan, terjawab sudahlah persoalan punca masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak itu. Penggunaan botol PET biasa adalah berbahaya sekiranya digunakan untuk kadar tempoh lebih dari seminggu. Hal ini adalah kerana botol plastik itu mengandungi bahan plasticizer dan logam berat antimony yang berupaya untuk melarut dalam air jika botol itu digunakan terlalu lama.

Gambar hiasan/Unsplash

Hal ini dalam masa yang sama bermaksud bahawa kanak-kanak yang malang ini telah meminum minuman yang mengandungi logam berat dan bahan plasticizer untuk masa satu tahun!

Tambah Hong Yongxiang lagi, kanak-kanak yang meminum air yang mengandungi bahan plasticizer dalam tempoh masa yang lama bukan sahaja akan menyebabkan penyakit dermatitis atopik dan asma, malah turut menyumbang kepada perkembangan diri di usia yang terlalu muda. 

Berikuatan penemuan punca masalah kesihatan itu, ibu kanak-kanak itu dengan segera pergi membeli botol air yang sepatutnya untuk anaknya dan kisah ini seterusnya telah membuka mata orang ramai untuk tidak memandang enteng tentang perkara yang ‘mudah’ sebegini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular