Gara-gara menjual minyak wangi berjenama tiruan, seorang selebriti media sosial ataupun ‘instafamous’ telah ditahan.

Penahanan individu berkenaan dibuat dalam satu serbuah yang dijalankan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra pada 20 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah, pihaknya telah merampas lebih 1,000 botol minyak wangi.

Bernama/Twitter

Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM150,000. Pembeli walau bagaimanapun diberitahu suspek bahawa minyak wangi dijualnya itu adalah tulen.

“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga antara RM150 hingga RM200. Suspek juga mampu meraih keuntungan hingga ribuan Ringgit setiap bulan”.

Bernama/Twitter

Wanita berusia 26 tahun itu difahamkan turut dibantu oleh suaminya dan telah beroperasi daripada rumah kira-kira setahun lalu.

Mereka memasarkan barangan yang dijual menerusi platform media sosial iaitu di Instagram dan Facebook.

Bernama/Twitter

Pihak penguat kuasa turut menemukan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan serta rekod transaksi perbankan.

Jelas Muhammad Zikril, hasil semakan transaksi mendapati bahawa barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan malah daripada luar negara.

Bernama/Twitter

Suspek walau bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular