Ketika era pandemik kini, semua orang mengalami masalah ekonomi meleset tidak kira yang hidup senang semakin susah dan yang susah bertambah susah. Namun ‘scammer’ tidak mengira masa untuk mengenakan semua orang dengan tidak mengira latar belakang mereka. 

Tambah pada ketika ini, semua orang giat membeli barangan secara dalam talian, dengan ‘scammer’ semakin giat mengambil kesempatan menggunakan cara itu sekali lagi sejak akhir-akhir ini dan ramai yang berkongsi telah terkena.

Facebook

Ikuti perkongsian Azira aziz di bawah agar menjadi iktibar. Berwaspada bagi anda yang suka membeli barangan secara atas talian.

Taktik terbaru scammer, saya dan suami sudah terkena hari ini.

Lebih kurang pukul 6.30 petang tadi. Suami dapat panggilan daripada syarikat penghantaran Ninja Van yang kata hendak hantar barang dan seterusnya…

Pukul 6.55 petang, abang courier sampai dan minta suami kita yang sangat baik hati, Faris Furniture bayarkan RM99 sebab barang COD (Cash On Delivery – Bayar Masa Terima).

Facebook

Suami tidak syak apa-apa sebab memang tengah tunggu barang dalam talian. Tapi sudah rasa sikit pelik sebab barang apa pulak harga RM99 ini. Tanpa bertanya apa-apa, suami pun bayar RM99 pada abang courier walaupun sudah tertera dekat plastik courier barang bernama ‘umbrella’.  

Haiiilaaa suamiku… Kes tengah kelam-kabut juga sebab abang courier datang masa hujan. 

Buka sahaja parcel sah-sah la terkejut beruk suamiku tengok sebatang payung. Ingat payung magic, buka payung dapat rumah sebiji ke kan.

Hendak meletup jantung ini bila dengar suami cerita dia bayar RM99 untuk payung ni…

Facebook

Alamat tiada, nombor telefon tiada, kalau e-mel? Boleh kesan ke e-mel chocolate@gmail.com memang sah-sah e-mel palsu. Nama penghantar cuma “Yamei”. Memang sah-sah terkena…

Berhati-hati la semua. Macam-macam orang sekarang hendak buat duit ini. Sumpah ini tidak halal satu sen pun. Semoga pelaku mati mereput dengan duit kita orang. 

Pengajaran buat suamiku dan semua, dapat parcel sila periksa dan pastikan apa benda itu. Dari mana, dari siapa, kalau rasa tiada beli apa-apa, tidak payah la bayar. Sentiasa berwaspada apa yang kita beli, berapa yang sampai dan kena bayar. Untuk apa kita bayar itu. Ya suamiku, RM99 mungkin nampak kecil, tetapi RM99 itu kalau tengah sesak-sesak besar nilainya.

Facebook

Panjang berkongsi, tidak mahu mak ayah kita, isteri-isteri kita, atau adik-adik kita pula terkena.

Biarlah kita orang sahaja yang terkena. Sakit hati sedih hati!

Rupanya banyak sumber-sumber yang memberitahu taktik penipuan RM99 ini memang tengah aktif berlangsung sejak dua tiga bulan ini.

Semoga kita tidak terkena. Jangan sewenang-wenangnya terima barangan yang dibeli atas talian jika tidak membuat pesanan apa-apa barang, dan jarang syarikat jualan dalam talian yang tulen dan tulus ikhlas menawarkan cara bayaran ‘COD’ pada waktu ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular