Tidak lengkap suatu hidangan nasi kerabu itu tanpa lada sumbat atau lebih dikenali dengan panggilan ‘solok lada’.

Mungkin ada yang mahu membuatnya sendiri di rumah kerana mahu menikmatinya sepuas mungkin. Oleh itu, kami akan kongsikan resipinya dengan anda.

Resepi Ibu/Facebook

Anda hanya memerlukan :

  • 20 biji lada solok
  • 12 ekor ikan selayang
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Kelapa parut (putih)
  • 150 mililiter santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Resepi Ibu/Facebook

Cara penyediaan :

1. Potongkan lada secara memanjang dan buangkan semua bijinya.

2. Untuk inti, asingkan isi ikan daripada tulangnya. Ambil isi ikan mentah sahaja

3. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan isi ikan mentah dan tumbuk bersama hingga lumat

Resepi Ibu/Facebook

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa

5. Kemudian bolehlah sumbatkan inti ke dalam lada

Resepi Ibu/Facebook

6. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Pastikan periuk dialas terlebih dahulu dengan kubis mahupun kacang panjang untuk elakkan solok lada hangit

7. Rebuskan hingga santan kering. Siap!

Resepi Ibu/Facebook

Membuat sendiri solok lada ini lebih menguntungkan kerana kita dapat nikmati solok lada yang penuh dengan isi ikan.

Jika dibeli di luar, sudah pasti isinya tidak banyak dan rasanya mungkin tidak sesedap mana. Mudah sahaja bukan? Jom cuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular