Wabak COVID-19 masih lagi menular dan penduduk dunia ternyata masih lagi mencari-cari vaksin dan penawar kepada virus yang membawa maut ini.

Seorang remaja India-Amerika berusia 14 tahun, Anika Chebrolu telah memenangi Young Scientist Challenge setelah menemukan rawatan yang berpotensi melalui simulasi komputer.

Menurut laporan, Anika berjaya menggunakan metodologi ‘in-silico’ untuk mencari molekul plumbum yang dapat mengikat protein lonjakan virus SARS-CoV-2 secara selektif.

“Saya melihat terdapat banyak gembar-gembur di media mengenai projek saya ekoran ia melibatkan virus SARS-CoV-2”.

NTDTV

“Ini mencerminkan harapan kita untuk mengakhirinya. Saya seperti orang lain berharap agar kita dapat hidup secara normal tidak lama lagi”, katanya.

Remaja itu mengatakan bahawa dia mendapat inspirasi untuk mencari penawar virus ini setelah mengetahui tentang pandemik selesema tahun 1918.

Beliau juga difahamkan telah menghabiskan banyak masa untuk meneliti pandemik, virus dan juga penemuan ubat-ubatan.

Tambahnya, keadaan pandemik COVID-19 agak parah, selain memberi kesan drastik yang sangat besar pada dunia dalam waktu yang singkat.

Maka dengan bantuan mentornya, beliau mahu mengubah arah dan mensasarkan penyelidikannya pada virus SARS-CoV-2.

Sungguhpun begitu, penemuannya masih lagi belum selesai. Beliau perlu bekerjasama dengan saintis untuk mengembangkan penemuannya menjadi kaedah yang boleh digunakan untuk merawat COVID-19.

“Bagaimana saya mengembangkan molekul ini dengan bantuan pakar virologi dan pengembangan ubat bakal menentukan kejayaan usaha ini”, akhirinya.

Anika berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah $25,000 (RM103,625). Semoga usaha Anika untuk menyelamatkan penduduk dunia daripada COVID-19 berhasil!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular