Kita pernah mendengar tentang kucing yang tidak suka air, jadi dia tidak suka mandi.

Dan kita juga dikejutkan oleh kucing yang tidak keberatan untuk mandi apabila diajak atau diarah.

Tetapi kucing milik Allessia dan Pat, Hokule’a sangat menyukai air, malahan dia sangat sukakan sukan air, dengan pandai berenang serta gemar bermain papan luncur ombak.

The Dodo/Facebook

Kucing comel bernama Hokule’a adalah kucing peluncur ombak yang hebat.

“Ketika kami mula mendekati ombak, dia akan berjalan sampai ke hujung papan luncur dan mencengkam di sana seperti dia sedang bertahan mengimbangi badannya,” kata Pat kepada The Dodo.

The Dodo/Facebook

“Hokule’a menyukai apa yang ditawarkan Hawaii. Dia gemarkan persekitaran lautan dan menikmati pergerakan ombak, sama seperti kami,” tambah Pat.

Allessia dan Pat, yang tinggal di Honolulu, Hawaii menyelamatkan Hokule’a dari Pusat Perlindungan Haiwan Hawaii di mana Hokule’a disenaraikan sebagai “Haiwan Bernombor : A37840051.”

The Dodo/Facebook

“Saya melawat pusat perlindungan haiwan itu untuk memeriksa semua anak kucing dan saya melihatnya,” jelas Pat ketika pertama kali bertemu Hokule’a.

“Dia memiliki wajah yang sangat manis dan comel. Tetapi sangat pemalu. Dia bersembunyi di bawah katil dan di bawah cadar katil, tetapi perlahan-lahan dia mula mendekati dan menyentuh perasaan kami,” katanya.

The Dodo/Facebook

Setelah Hokule’a selesa dengan keluarga barunya, dia mula mengikuti mereka ke mana sahaja.

Begitulah cara Hokule’a menemui minat terhadap air dan mengasah bakat berenang.

Ketika ibu bapa Hokule’a berenang dan mandi, dia akan mengikutinya di sana.

Dia sangat ingin tahu akan air dan tidak keberatan untuk basah atau disimbah air sama sekali.

The Dodo/Facebook

“Dia hanya ingin berada dekat dengan kami,” kata Pat.

Ketika Hokule’a mula bermain di luar, dia tidak keberatan untuk bermain walaupun ketika dalam hujan.

Dia akan kembali dalam keadaan basah kuyup dan seolah dia sangat suka akannya.

Allessia mengatakan bahawa dia dan Pat ‘kagum’ melihat kucing yang sangat menyukai air.

The Dodo/Facebook

Mereka tidak menyangka pula boleh menjadi lebih kagum dengan kegemaran Hokule’a terhadap air lebih daripada sebelumnya, selepas melihat bakat terpendamnya iaitu bermain dengan papan luncur ombak.

“Ketika itulah kami memutuskan bahawa kami memiliki banyak persamaan dan mungkin dia juga sukakan pantai seperti kami. Saya membawanya ke pantai yang hampir kosong dengan air tenang yang bagus, dan tidak terlalu berangin untuk membuat dia berasa paling selesa,” kata Allessia.

Mereka membiarkan Hokule’a bermain di pasir sebentar sebelum membawanya ke tepi air.

The Dodo/Facebook

“Dia menghangatkan badan dan kemudian kami melihat bahawa dia boleh berenang dengan baik,” kata Pat. 

“Jadi, saya mempunyai papan luncur di sana dan meletakkannya di atas papan lalu mengayuh ke arah ombak kecil dan melaluinya. Pada mulanya dia berbaring dan nampaknya dia menikmati luncuran itu,” tambah Pat.

The Dodo/Facebook

Pat perlu memastikan bahawa Hokule’a selesa dan merasa selamat di atas papan luncur lalu dia memotong sepotong papan boogie yang berbentuk berlian dan melekapnya di atas papan luncur ombak supaya Hokule’a dapat duduk dengan selesa di dalamnya.

Anak kucing ini pasti menjadi lebih selesa selepas itu dan dia mula bergerak ke atas dan ke bawah papan luncur bagai kucing pro. Akhirnya, dia mula melompat sendiri ke dalam air supaya dia dapat berenang sedikit di dalam laut.

The Dodo/Facebook

“Hoku melompat dari papan luncur ke dalam air. Sekiranya saya berada di dalam air, dia akan berenang ke arah saya dan kemudian berenang semula ke arah papan luncur, ”kata Allessia. 

“Dia kiranya seakan memasuki mod zen. Saya rasa lautan itu sendiri menenangkannya. Dia akan tertidur ketika berjemur di bawah sinaran matahari,” tambah Allessia.

The Dodo/Facebook

Hokule’a sudah cukup pandai meluncur sekarang dan merupakan perenang yang cukup pantas hari ini yang hampir sepantas ibunya.

Tetapi setelah kira-kira satu jam, dia akan sedikit letih. Ketika itu, ibu bapanya akan membawanya pulang dan segera memandikannya dengan air bersih untuk dia kembali segar.

The Dodo/Facebook

Dan nampaknya Hokule’a seekor kucing yang sangat pembersih kerana dia suka mandi.

“Ya, seronok dapat memiliki kucing yang mempunyai minat yang sama. Kini kami mempunyai ahli ketiga dalam keluarga untuk berkongsi hobi dan itulah yang menjadikannya lebih istimewa,” kata Pat.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular