Bantuan yang dihulurkan buat orang lain ternyata membawa makna yang besar terutamanya buat golongan kurang upaya dan juga warga emas.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang menunjukkan cara seorang pemandu bas Rapid KL dalam mengendalikan seorang penumpang kelainan upaya yang agak berumur.

Menerusi video tersebut, pemandu bas yang mengenakan baju berwarna kuning itu dilihat membawa individu berkenaan ke tempat duduk.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Dia bahkan turut memastikan bahawa tangan warga emas terbabit memegang tiang yang tersedia di dalam bas sebelum memulakan kembali tugasnya.

Sejurus sahaja tiba di lokasi menurunkan warga emas itu, pemandu itu sekali lagi bangun untuk membantu individu terbabit keluar daripada bas dengan selamat.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Tangan warga emas berkenaan dipegang lalu dibawa turun menerusi pintu keluar. Baik benar hati pemandu itu bukan?

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Dia bukan sahaja membantu warga emas itu turun dan keluar daripada bas, malah turut membawanya ke tempat duduk di perhentian bas tersebut.

Tindakan pemandu itu menolong warga emas berkenaan ternyata mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya berasa terharu dengan pertolongan yang dihulurkan antaranya adalah :

Betul 100%..

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Kalau semua pemandu bas baik hati macam ni kan bagus!

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Semua nampaknya memahami dan memberikan kerjasama

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Meskipun masih ada individu baik hati seperti pemandu bas ini namun mungkin tidak ramai bukan? Apa pun ia cukup memberi inspirasi buat kita semua agar cuba untuk mencontohinya.

Terima kasih kepada pemandu bas kerana sanggup membantu. Malah pujian juga harus diberikan buat para penumpang yang bersabar dan sudi menunggu bersama. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular