Mahukan kelainan untuk menu minum petang anda? Apa kata anda cuba buat cempiang ataupun lebih dikenali sebagai ‘cinnamon roll’.

Hidangan ini sebenarnya agak terkenal di Sabah dan sungguh sedap dimakan ketika panas. Berbeza dengan cinnamon roll yang dibakar, cempiang lazimnya akan digoreng sahaja.

Watie Dee/Facebook

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Watie Dee dan berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A (Doh)

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • ½ sudu garam
  • ½ sudu serbuk penaik
  • 1 paket yis
  • 2 sudu kecil susu pekat
  • 1 cawan air suam

Gambar Hiasan/Unsplash

1. Untuk doh, anda perlu satukan yis, gula, susu pekat dalam satu cawan air suam. Kacau dan biarkan selama 5-10 minit

2. Dalam mangkuk besar, gaulkan marjerin, serbuk penaik, garam dan tepung gandum hingga sebati.

3. Sesudah yis kembang, tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil mengulinya.

4. Tutupkan doh untuk proses mengembang. Biarkan selama 30-45 minit.

Bahan B (Inti)

  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk rempah 5
  • 1 sudu besar air suam

Mudah sahaja, anda hanya perlu mencampurkan kesemua bahan dan gaul rata.

Kaedah penyediaan cempiang pula :

  1. Bahagikan doh kepada 3 atau empat bahagian.
  2. Canaikan doh dan pastikan bahagian tepinya adalah sekata
  3. Letak dan sapukan bahan B tadi secara merata di atas doh. Memadai di bahagian tengah sahaja, jangan sapukan di bahagian tepi.
  4. Gulung doh hingga ke hujung dan potongkannya dalam anggaran 1.5 sentimeter (ikut citarasa jika mahu tebal).
  5. Biarkan selama 5 minit untuk kembang. Sesudah itu, bolehlah digorengkan dalam minyak yang banyak. Pastikan api sederhana.

Cukup jelas penerangan yang dikongsikan Watie bukan? Sesekali buat hidangan yang lain daripada yang lain pastinya menyeronokkan. Anak-anak pun suka!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular