Semua orang pernah mengalami tekanan dalam kehidupan tidak kiralah dari segi apapun seperti kerja, hubungan keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. 

Tetapi, walaupun kita sedang berada dalam keadaan yang tertekan, kita seharusnya belajar cara untuk mengawal emosi kita agar keputusan yang diambil pada waktu itu tidak akan memudaratkan diri kita dan orang sekeliling.

Satu ujian psikologi yang berasal dari Korea dicipta untuk mengetahui tahap tekanan yang sedang anda lalui pada saat ini.

Cuba perhatikan gambar rajah yang berikut dan pilih satu meja yang paling anda cuba elakkan untuk duduk jika anda berada di kawasan itu.

Meja #1: Tiga orang wanita yang sedang berbual dengan gembira, hubungan mereka rapat seperti adik-beradik.

Meja #2: Tiga orang lelaki dewasa sedang berdiam diri dengan keadaan yang agak tegang. Mereka kelihatan seperti sedang berbincang tentang masalah yang besar.

Meja #3: Seorang ibu hanya bermain telefon bimbit sambil mengabaikan dua orang anak kecil yang sedang kebosanan.

Meja #4: Sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta dan tidak menghiraukan suasana sekeliling.

Baiklah sekarang, untuk mengetahui tahap tekanan anda sekarang, cuba anda pilih satu meja yang paling anda elakkan untuk duduk jika anda berada di tempat tersebut dan semak butirannya di bawah.

Meja #1: tahap tekanan adalah sebanyak 25%

Gambar hiasan/Unsplash

Anda seharusnya mengalami permulaan baru dalam hidup anda. Ketegangan dan semangat membuatkan anda terus maju. Arahnya mungkin tidak jelas, tetapi tindakan yang anda ambil akan membuat anda melihat matlamat anda. 

Oleh itu, walaupun indeks tekanan tidaklah begitu rendah, tetapi bilangan ini tidak boleh diabaikan. Meskipun tekanan seperti ini adalah sesuatu yang baik untuk diri sendiri, dan ini boleh bermakna bahawa anda adalah seorang yang prihatin dan berhati-hati. Justeru, kerana anda berada di permulaan yang baru, sambil bekerja keras, anda mesti terus maju dengan mengambil kira keadaan sekeliling.

Meja #2: tahap tekanan adalah sebanyak 99%

Gambar hiasan/Unsplash

Sekarang anda berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Berada dalam keadaan sebegini adalah sangat buruk bagi tubuh anda. Bukan hanya akan mempengaruhi kesihatan anda, tetapi kualiti rutin harian dan tidur anda juga akan berkurang.

Tekanan seperti ini tidak terjadi dalam masa yang singkat. Paling tidak, tekanan yang dirasakan telah terkumpul selama bertahun-tahun. 

Oleh itu, semua tekanan negatif ini mesti dilepaskan dengan betul, dan masalahnya mesti dikenal pasti dan diselesaikan. Apabila tekanan dan emosi negatif dilepaskan, anda mesti ingat untuk tidak memberi tekanan kepada diri sendiri. Terlalu banyak tekanan tidak akan membantu anda. Ini hanya akan menjadikan diri anda lebih letih.

Meja #3: tahap tekanan adalah sebanyak 50%

Gambar hiasan/Unsplash

Sekarang anda seharusnya berada dalam situasi di mana anda dikelilingi oleh rasa tanggungjawab yang tidak dapat dilepaskan. Tanggungjawab anda itu adalah sumber ketegangan anda, jadi tekanan akan menyusul, tetapi terlalu berterusan hanya akan memburukkan lagi keadaan. 

Oleh itu, anda mesti belajar untuk membezakan antara kegigihan dan fokus, dan tahu bagaimana caranya untuk melepaskan tekanan anda dengan cara yang paling minimal tetapi dalam masa yang sama tidak membazirkan usaha anda selama ini.

Meja #4: tahap tekanan adalah sebanyak 12%

Gambar hiasan/Unsplash

Sekarang anda seharusnya berada dalam keadaan yang agak santai. Namun, sebenarnya, kemungkinan besar sekarang anda tidak mahu menghadapi perkara yang perlu anda hadapi dan anda cuba untuk melarikan diri. Dalam kehidupan seharian, semestinya ada lapisan emosi yang tidak dapat dijelaskan, tidak tahu apa keputusan yang harus dilakukan, jadi anda memutuskan untuk mengabaikannya dan terus mengabaikannya lagi.

Pendekatan sedemikian sebenarnya tidak baik bagi anda. Sekarang anda perlu tenang, dengar isi hati anda, memahami apa yang paling anda perlukan, cuba belajar untuk mengekspresikan diri, dan lepaskan tekanan anda.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular