NEW DELHI – Seorang suami di India tergamak mengurung isterinya selama lebih setahun dalam sebuah tandas yang sempit dan kotor.

Penderitaan wanita berusia 35 tahun itu berakhir selepas dia diselamatkan polis dan pekerja kebajikan pada 12 Oktober.

Kejadian yang berlaku di Panipat, Haryana itu disedari jiran sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita untuk menyelamatkan wanita malang berkenaan.

Paparan Skrin/Facebook

Media tempatan India melaporkan, wanita itu sudah 18 bulan dikurung suaminya dengan pintu tandas sentiasa dikunci.

Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan suami mangsa, Naresh Kumar pada 16 Oktober.

Wanita itu dan suspek sudah berkahwin selama 17 tahun dan memiliki tiga anak berusia antara 11 hingga 17 tahun.

Paparan Skrin/Facebook

Sepanjang dikurung di dalam tandas yang kotor dan berbau itu, mangsa tidak diberikan makanan dan minuman selama beberapa hari.

Jiran yang mengetahui kejadian itu sudah tidak sanggup melihat mangsa diseksa sebelum memaklumkan kepada aktivis wanita daerah berkenaan.

Ketika diselamatkan wanita itu berada dalam keadaan tidak terurus dan hanya terbaring.

Paparan Skrin/Facebook

Polis masih menyiasat motif suspek bertindak sedemikian terhadap mangsa. 

Suami mangsa mendakwa kepada pihak berkuasa bahawa isterinya menderita penyakit mental menyebabkan dia terpaksa bertindak mengurungnya dengan sedemikian rupa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular