Simbol kucing gergasi sedang bersantai telah ditemui di gurun Nazca di Peru, lokasi Nazca Lines yang terkenal.

Nazca Lines adalah sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO yang terletak di selatan Peru, tempat di mana reka bentuk di atas tanah dikenali sebagai geoglif yang dibuat kaum Nazca kira-kira 2,000 tahun yang lalu.

Para saintis percaya kucing itu, seperti mana figura haiwan Nazca lain, direka cipta dengan membuat tekanan kuat di atas lantai padang pasir, mendedahkan lakaran gergasi itu dengan pemandangan misteri yang menakjubkan dari udara.

Twitter

Geoglif kucing itu hanya disedari baru-baru ini, ketika pihak pengurusan sedang merancang untuk membuat jalan baru menuju ke platform pemerhatian.

Platform ini akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat lebih banyak geoglif lain.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kebudayaan Peru berkata,”Figura itu hampir tidak disedari dan kelihatan akan lenyap, kerana ia terletak di lereng curam yang terdedah kepada kesan hakisan semula jadi.”

Sambil menambah geoglif kucing tersebut berukuran sekitar 37 meter panjang (120 kaki) itu telah dibersihkan dan menjalani proses pemuliharaan sejak seminggu yang lalu.

Johny Isla, Ketua Arkeologi Peru di Nazca Lines berkata kepada agensi berita Efe bahawa kucing itu yang dilakar ketika era kebudayaan Nazca dianggarkan direka cipta sekitar tahun 200 hingga 700 Masihi.

Menurut Johny, kucing itu sebenarnya berasal dari era Paracas akhir bermula 500 Sebelum Masihi hingga 200 Selepas Masihi.

“Kami mengenalinya setelah membandingkan ikonografi. Tekstil Paracas, misalnya, menunjukkan burung, kucing dan orang yang mudah dibandingkan dengan geoglif ini,” kata Johny Isla.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular