Saat diijabkabulkan cukup mendebarkan buat kedua-dua mempelai bukan? Pada ketika inilah kedua-dua mempelai menerima perhatian penuh daripada hadirin.

Kita sedia maklum bahawa usai sahaja lafaz ijab dan kabul, pengantin lelaki akan membacakan lafaz taklik. Manakala pengantin perempuan pula diminta untuk membaca lafaz izin nikah.

Baru-baru ini, satu video yang menunjukkan seorang pengantin perempuan membacakan lafaz izin nikah menerima perhatian netizen.

@NaimHashim/Twitter

Mana tidaknya, gaya pembacaan yang ditunjukkan oleh pengantin, Haniz Razak cukup unik. Serupa seperti membacakan berita.

Sebenarnya pengantin wanita berkenaan sememangnya bertugas sebagai seorang penyampai berita untuk TV3 di Media Prima Berhad.

Video yang telah dimuat naik oleh rakan Hanis ke laman Twitter itu sudah pasti mengundang pelbagai reaksi pengguna.

Masaklah kalau macam ni kan?

@NaimHashim/Twitter

Betul, bukan semua orang berkebolehan sebegini.

@NaimHashim/Twitter

Komersial sangat intonasinya!

@NaimHashim/Twitter

Selain itu, ia turut mendapat perhatian daripada penyampai televisyen TV3 yang popular, Fedtri Yahya yang mengakui bahawa beliau juga pernah mengalami peristiwa sebegini..

Automatik katanya!

@NaimHashim/Twitter

Unik dan lain daripada yang lain.. Ada juga netizen yang membayangkan bagaimana agaknya apabila Hanis berbual? Intonasi sebegitukah? Apa pun, selamat pengantin baru!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular