Bukan sahaja berkorban masa dan tenaga untuk menjaga kesihatan kita, bahkan pasukan perubatan turut membuktikan bahawa mereka sememangnya insan yang hebat!

Ianya terbukti apabila seorang gadis ada memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan dia menerima kejutan sempena hari lahirnya.

@Khiera_Wzag/Twitter

Gadis yang sedang dalam tempoh kuarantin itu langsung tidak menyangka bahawa hari lahirnya pada 15 Oktober lalu akan disambut pada ketika itu.

Video berkenaan jelas menunjukkan bahawa beberapa petugas kesihatan membawakan kek hari jadi ke biliknya sambil menyanyikan lagu “Happy Birthday”.

Akui gadis terbabit, dia berasa agak sedih kerana terpaksa meraikan hari lahirnya seorang diri di dalam bilik kuarantin.

@Khiera_Wzag/Twitter

Namun kejutan istimewa daripada frontliners itu kemudian membuatkannya berasa terharu sehingga menitiskan air mata.

Dengan lengkap berpakaian PPE, mereka sanggup datang ke biliknya untuk meraikan hari lahir gadis itu. Bahkan turut menyanyikan lagu sambil menepuk tangan.

Sambutan sederhana namun cukup bermakna itu sudah tentu mendapat banyak reaksi positif daripada netizen. Mereka rata-rata terharu dengan tindakan frontliners.

@Khiera_Wzag/Twitter

@Khiera_Wzag/Twitter

@Khiera_Wzag/Twitter

Mulianya mereka.. Dalam menjalankan amanah dan tugas, mereka masih lagi sempat menggembirakan hati orang lain. Semoga urusan mereka dipermudahkan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular