Tugasan hujung minggu yang agak menjengkelkan bagi pelajar suatu ketika dahulu adalah mencuci kasut sekolah. Malah sehingga kini kita berhadapan dengan situasi ini.

Jika anda masih berat melakukan tugasan itu, sudah tiba masanya untuk anda mencuba kaedah mencuci kasut putih yang jauh lebih mudah!

Satu video pendek berasal daripada TikTok telah dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, @stheticpleasure.

@stheticpleasure/Twitter

Ditonton lebih 1 juta pengguna, berikut adalah langkah-langkahnya :

#1 Basahkan kasut dengan air. Kemudian gunakan cecair pencuci pinggan lalu menggosoknya

@stheticpleasure/Twitter

#2 Bilas dengan air. Ulang gosokan pada kasut dengan cecair pencuci pinggan jika perlu

@stheticpleasure/Twitter

#3 Setelah itu, lapisi permukaan kasut dengan menggunakan tisu tandas! Pastikan kasut anda masih basah ya..

@stheticpleasure/Twitter

#4 Kemudian bolehlah menjemur kasut anda.

@stheticpleasure/Twitter

#5 Sesudah kasut anda kering, bolehlah menanggalkan lapisan tisu tandas tersebut dan lihatlah hasilnya!

@stheticpleasure/Twitter

Ia ternyata berkesan ya.. Ini merupakan perkongsian pengguna lain yang turut menggunakan kaedah pencucian yang sama.

Sebelum

@stheticpleasure/Twitter

Selepas

@stheticpleasure/Twitter

Mudah sahaja bukan? Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kenalan anda. Semoga bermanfaat!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular