Keutamaan buat golongan ibu diberikan sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Bahagia anak maka bahagialah mereka.

Begitu juga dengan aspek keselamatan. Si ibu akan berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan yang selamat dan terjamin.

Itulah yang dibuktikan oleh seekor anjing betina ini, di mana anjing tersebut berhadapan dengan situasi yang agak sukar.

Sabah My Hometown 我来自沙巴/Facebook

Fenomena banjir ternyata memberi tamparan hebat buat anjing ini, di mana anjing tersebut dilihat menggonggong anaknya di mulut.

Tiada siapa yang dapat membantu, makanya si ibu bertindak bergantung kepada naluri keibuannya dengan membawa anaknya ke tempat yang lebih selamat.

Sabah My Hometown 我来自沙巴/Facebook

Jika kita lihat, paras air banjir tersebut agak tinggi dan jika anak anjing itu dibiarkan sahaja, mungkin nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Sepertinya ibu anjing tersebut lebih rela merisikokan nyawa dan keselamatannya sendiri berbanding dengan anaknya. Tidak terkira kasihnya si ibu!

Sabah My Hometown 我来自沙巴/Facebook

Walaupun tingkah laku keibuan bersifat semula jadi namun ia perlu diaktifkan menerusi proses kelahiran, di mana ia merangkumi tindak balas tubuh terhadap hormon yang dirembeskan.

Misalnya hormon ‘oxytocin’ pada haiwan yang mendorong kepada rasa kasih sayang ibu terhadap anaknya. Ajaib bukan? Samalah seperti manusia..

Sabah My Hometown 我来自沙巴/Facebook

Dalam kes ini, ibu anjing yang berasa terancam dengan persekitaran difahamkan sanggup mempertaruhkan nyawa jika perlu demi menjaga keselamatan anaknya.

Kasih sayang yang dipamerkan ibu anjing ini ternyata hebat dan sungguh menginspirasikan. Semoga kedua-duanya selamat!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular