Rasanya, tidak lengkap sesuatu sambutan hari lahir itu jika tiada kek memandangkan ia hari yang cukup istimewa dan hanya disambut setahun sekali sahaja bukan?

Lebih bermakna lagi jika sambutan itu dilakukan secara kejutan. Sudah pasti ia akan mengukirkan senyuman buat individu terbabit.

Tetapi apa pula jadi sekiranya kejutan itu bertukar menjadi tragedi? Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan sambutan hari lahir seseorang.

@jnnhbhriii/Twitter

Pada mulanya, kita dapat saksikan dua orang wanita berjalan dengan memegang dua biji kek sambil kedengaran lagu ‘Happy Birthday’ dinyanyikan.

Tetapi apabila mereka berjalan menghampiri meja makan, dengan tidak semena-mena salah seorang daripada mereka terlanggar kerusi yang berada di depannya.

@jnnhbhriii/Twitter

Ini kerana wanita itu sempat menoleh ke belakang seketika untuk memandang kamera sebelum terlanggar kerusi dihadapannya.

Habis terjatuh kek itu dibuatnya! Lebih sadis lagi apabila insiden tersebut kemudiannya ‘berjangkit’ pula dengan kek yang dipegang wanita di belakang.

@babukimm_/Twitter

Mungkin ia disebabkan oleh rasa terkejut maka kek yang elok dipegangnya jatuh pula. Apa lagi, menjeritlah satu rumah mengenangkan kek-kek tersebut.

Sungguhpun terjatuh, difahamkan bahawa mereka dapat juga menjamah kek tersebut walaupun sedikit. Pasti ada bahagian yang masih boleh dimakan, bukan?

Kasihannya, harap tabah dan bersabarlah ya! Mungkin tiada rezeki makan kek Baskin Robbin. Apa pun, selamat hari jadi!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular