Umum ketahui bahawa kucing sememangnya gemar membawa pulang ‘hadiah’ untuk pemiliknya sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa penghargaannya. Tidak kiralah hadiah yang dibawa pulang itu masih hidup ataupun sudah mati, tetapi perkara ini sememangnya telah menjadi salah satu naluri mereka.

Bagaimanapun, seekor kucing yang tinggal bersama pemiliknya di Singapura telah membawa pulang hadiah yang agak ‘mahal’ buat pemiliknya. Hadiah itu malahan masih hidup dan benar-benar comel!

Menurut kiriman ChuLei Teo pada 11 Oktober, kucing kesayangannya telah pulang ke rumah mereka dengan seekor hamster yang masih hidup.

Mungkin, kucing Teo mahu membuktikan kehebatannya ‘memburu’!

Dalam kiriman Teo, dia bagaimanapun meminta sesiapa yang telah kehilangan hamster yang comel ini untuk berhubung dengannya.

“Jika sesiapa telah kehilangan hamster di kawasan Chai Chee, tolong hubungi saya. Tolong kongsikan kiriman ini jika kamu mengetahui sesiapa yang tinggal di kawasan sekitar ini!” tulis Teo.

Tetapi, tidak cukup dengan itu, kucing kesayangan Teo memutuskan untuk membawa seekor lagi hamster untuk dipersembahkan kepada pemiliknya pada keesokan harinya.

Satu tidak mungkin cukup!

“Kucing saya membawa pulang lagi seekor hamster yang mempunyai warna yang hampir serupa pada awal pagi ini… Kedua-dua ekor hamster ini masih hidup dan sihat… Tolong,” kirim Teo mengadu pada warganet.

Pening kepala dibuatnya! Lucu!

Sementara beberapa warganet tertanya-tanya tentang lokasi penemuan kedua-dua ekor hamster itu, ramai juga antaranya meminta Teo memaparkan wajah si kucing yang mencuri itu!

“Bolehkah saya melihat gambar kucing kamu”

ChuLei Teo/Facebook

“Saya fikir saya bercakap untuk semua orang. Kami PERLU melihat gambar kucing yang mencuri ini!!”

“Setuju! Tunjukkan suspek itu!”

ChuLei Teo/Facebook

Teo bagaimanapun tidak berniat untuk memuatnaik gambar kucing kesayangannya sebagai salah satu langkah ‘berjaga-jaga’.

“Seperti yang Francis Teo katakan, kucing saya berada dalam opurrasi (operasi) rahsia, jadi identitinya harus dirahsiakan untuk tujuan keselamatan,” balas Teo berjenaka.

ChuLei Teo/Facebook

Tidak lama kemudian, Teo memaklumkan dalam kiriman yang sama bahawa kedua-dua ekor hamster itu seterusnya akan diberikan kepada orang yang sudi menjaga mereka jika tiada sesiapa yang menghubunginya untuk mengambil hamster mereka semula.

“Terima kasih banyak untuk semua yang telah menawarkan diri untuk menjaga hamster ini dan juga yang menawarkan diri untuk memberi aksesori penjagaan hamster! Saya telah menemui orang yang sesuai untuk menjaga mereka jadi jika pemiliknya tidak menghubungi saya, hamster ini akan diberikan kepada orang yang telah dipilih,” jelas Teo panjang lebar.

ChuLei Teo/Facebook

Nampaknya, mungkin selepas ini kucing Teo terpaksa menjalani hukuman ‘penjara’ agar kucingnya itu tidak sesuka hati membawa pulang haiwan peliharaan orang lain lagi!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular