Seorang jururawat luah rasa terkilan apabila terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menghina mereka yang bertugas sebagai frontliner. Dia turut berkongsi kisah sedih tidak dapat membantu suaminya yang telah terjatuh di bilik air ekoran terlalu sibuk menjaga pesakit COVID-19. 

Tambahnya frontliner terpaksa membelakangkan keluarga demi menjaga kebajikan para pesakit ketika pandemik terus melanda negara.

Menurut jururawat dikenali Hannah Hans, suaminya menelefon untuk meminta bantuan namun tidak sempat menjawab memandangkan dia sedang sibuk bertugas menguruskan pesakit COVID-19. Nasib baik suaminya hanya pitam sekejap dan ibunya berada di rumah ketika itu.

Hannah Hans Wonderlands/Facebook

Sakitnya hati saya apabila mendapat tahu suami cuba telefon banyak kali minta tolong sebab dia jatuh bilik air dan kepalanya jatuh ke lantai, pada pukul 2 pagi. Masa itu telefon saya tiada pada saya dan saya sibuk pakai baju PPE selama 12 jam dan kumpul pesakit Covid dari jam 7 malam sampai 6 pagi. Akhirnya dia telefon 999 dan kawan saya yang jawab.

Nasib baik dia jatuh masa itu hanya pitam sekejap dan masih sedar, ada emak saya. Kalau tidak, syukur Tuhan, suami saya tiada apa-apa. Kamu fahamkah perasaan apabila kami (HCW/frontliner) yang terpaksa membelakangkan keluarga dan orang tercinta demi mendahulukan kebajikan dan kesihatan pesakit di musim pandemik Covid ini?

Menurutnya, dirinya dan fronliner lain sedang berjuang demi menjaga kebajikan semua orang tidak mengira siapa pun termasuk mereka yang mengecam.

Jadi, jangan kamu pandai-pandai hina kami dan cakap ‘Siapa suruh jadi nurse/doktor/MA/PPK atau PKP’ atau ‘Siapa suruh buat kerja hospital?’, ‘Berhenti kerja la, banyak lagi orang luar nak kerja’. Wow! kalau kami tidak pilih untuk jadi HCQ/Frontliner, kamu fikir hospital akan cukup staf ke? Kesihatan dan kebajikan kamu dapat berdiri sampai sekarang ke? Kamu fikir kami tak fikir 100 kali ke untuk berkhidmat dan terus bertanggungjawab mengekang pandemik COVID-19?

Disebabkan kami sayang dan ingatkan keluarga kamilah, kami terus berjuang untuk kesihatan dan kebajikan rakyat agar pandemik tidak terus menular sampai ke keluarga kami. Saya harap ramai terus faham berapa ramai pesakit Covid yang kami kutip setiap syif. Saya amat berharap kamu semua faham perasaan dan tekanan pesakit dan keluarga yang terkena COVID-19. Hati kami begitu sakit melihat anak-anak terpaksa berjauhan dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa terpaksa tinggalkan anak-anak sendiri di rumah.

Twitter/Gambar Hiasan

Kejadian itu menyebabkan jururawat ini  terkilan apabila teringat kata-kata segelintir netizen yang menghina frontliner sesuka hati tanpa memikirkan perasaan mereka. 

Malah dia sanggup berkorban mendahulukan kebajikan pesakit COVID-19 berbanding keluarganya sendiri agar pandemik ini menjadi terkawal.

Dalam pada itu, jururawat ini sempat memberi nasihat kepada ahli keluarga pesakit COVID-19 agar menghentikan segala ego dan jangan menyulitkan keadaan di masa pandemik ini. Menurutnya ada keluarga yang tidak menerima pesakit COVID-19 selepas mereka sembuh. 

Dan paling menyedihkan apabila ada keluarga yang sampai hati tidak mahu terima kembali keluarga yang dijangkiti COVID-19. 

Kamu semua tahukah, mereka ini menangis dari dalam. Jadi, tolonglah hentikan semua ego dan berhenti menganggap ini seperti permainan. Tidak kisahlah mainan politik ke, wira papan kekunci ke, anti-vaksin ke, anti-anti segala anti ke atau apa-apa sahaja perbuatan membuli yang menyulitkan keadaan. Kamu semua ikut sahaja SOP dan pergilah jaga baik-baik keluarga kamu selagi sempat.

Ini masa bersama dengan keluarga anda. Biar kami sebagai HCW/Frontliners buat kerja kami untuk hentikan pandemik ini dan doakan kami. Kami faham akan tekanan dan perasaan diri terjejas dari segi kewangan itu. 

Saya percaya kerajaan kita telah berusaha pada tahap terbaik, untuk terus memikirkan cara menyelesaikan masalah atau memberi bantuan. Tetapi, buat masa ini sila beri sepenuh sokongan untuk menamatkan semua ini dengan secepat mungkin, dengan pantas! Terima kasih!”

Twitter/Gambar Hiasan

Oleh itu, sentiasalah kita memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan dan terus berdoa agar Malaysia akhirnya berjaya menjadi negara yang bebas daripada terus dipalit wabak ini.

Jangan kita bertindak mementingkan diri sendiri dan memandang remeh untuk tidak mematuhi SOP, sambil tidak menghargai pengorbanan orang lain yang telah bertungkus lumus menjaga keselamatan dan kesihatan kita daripada menerima pandemik yang berbahaya ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular