Impak pandemik COVID-19 amatlah ketara terutamanya daripada segi ekonomi, di mana ramai penduduk dunia bahkan di Malaysia, kehilangan kerja dan mata pencarian.

Sehubungan dengan itu, mereka yang tidak lagi mempunyai kerja terpaksa pulang ke kampung halaman demi meneruskan kehidupan.

Itulah yang dialami oleh keluarga orang Asli ini, seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @dniaphantom.

@dniaphantom/Twitter

Agak sayu apabila memikirkan mereka sekeluarga terpaka berjalan kaki dari Tanjung Malim, Perak untuk ke Bentong, Pahang.

Cerita pengguna tersebut, bapanya terjumpa dengan keluarga tersebut yang sedang berjalan kaki untuk pulang ke Bentong.

Mereka difahamkan terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman setelah tidak dibayar gaji oleh majikan.

“Google (Maps) tadi kalau jalan kaki, 23 jam baru sampai. Katanya tiada duit sebab bos tak bayar gaji dah tiga hari”, tulis pengguna tersebut.

Google Maps

Kongsi pengguna itu lelaki, isteri kepada lelaki berkenaan pada ketika itu berada di Bentong, sementara dua lagi anaknya tinggal dan bekerja di Kuala Lipis, Pahang.

Simpati mereka yang perlu menempuh perjalanan yang begitu panjang, bapa pengguna tersebut kemudian bertindak menumpangkan keluarga itu ke Genting.

Ekoran bapanya mempunyai urusan kerja pada ketika itu, hanya itulah yang mampu dibantu bapa pengguna tersebut. Mereka juga turut diberi sedikit wang untuk membeli makanan.

@dniaphantom/Twitter

Selain itu, bapa pengguna terbabit juga difahamkan sempat memaklumkan kepada anggota polis di sekatan jalan raya mengenai situasi keluarga itu sebelum menurunkan mereka.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka ya”, akhiri pengguna itu. Semoga mereka tiba di Bentong dengan selamat.

Di kala waktu sukar sebegini, sedikit bantuan sebegini ternyata memberi seribu makna kepada insan yang menerimanya. Bantulah mereka kurang bernasib selagi termampu ya?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular