Kesemua 99 orang penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH2608 ke Labuan dari Kuala Lumpur dikehendaki untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Ia berikutan salah seorang penumpang pesawat yang berlepas pada jam 8:35 pagi 11 Oktober lalu telah didapati positif ujian virus tersebut.
Ninety-nine passengers on Malaysia Airlines flight MH2608 from Kuala Lumpur to Labuan at 8.35am on Oct 11 have been urged to immediately undergo screening for COVID-19 at Membedai Health Clinic after one passenger tested positive for the viral infection recently. – CPRC Labuan pic.twitter.com/zKuhOFZQow
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) October 15, 2020
BernamaTV/Twitter
Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Labuan pada 15 Oktober telah mengeluarkan jadual untuk para penumpang terlibat menjalani ujian.
Ujian boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Membedai, Labuan dan boleh dilakukan bermula jam 11 pagi hingga 2 petang pada setiap hari, bermula 15 Oktober.
Kepada penumpang yang ingin menjadualkan semula masa ujian berkenaan bolehlah menghubungi pihak CPRC Labuan di talian 087-596160, 087-422505 atau 087-442506.
Setakat 14 Oktober, Labuan telah merekodkan sebanyak 86 kes COVID-19, dengan lapan kes baru direkodkan.
Sementara pihak kerajaan pula mengumumkan bahawa daerah berkenaan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 17 Oktober hingga 30 Oktober ini.
Maybe you're interested :