Gajah, walaupun mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding haiwan-haiwan lain, namun, mereka adalah antara haiwan yang mempunyai banyak sisi ceria yang jarang diketahui oleh manusia.

Beautiful Animals/Facebook

Salah satu aktiviti kegemaran gajah adalah aktiviti mandi. Gajah begitu menggemari air dan mereka cenderung untuk berasa gembira apabila berada di dalam air.

Jika anda masih belum percaya, cuba tonton video ini:

Gajah ini kelihatan sangat gembira semasa bermandi di dalam kolam yang disediakan. Malah, rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook Beautiful Animals ini juga menunjukkan gajah itu seolah-olah berenang dengan gembira di dalam air itu. 

Beautiful Animals/Facebook

 Walaupun video ini hanya berdurasi selama 1:09 sahaja, tetapi dapat dilihat dengan jelas bagaimana gajah-gajah ini menikmati masa mereka ketika berendam dan bermain-main di dalam air.

Comel betul!

Beautiful Animals/Facebook

Siapa sangka, rupa-rupanya haiwan yang digeruni ramai ini rupanya mempunyai sisi comel mereka yang pasti boleh mengukir senyuman di bibir penonton yang menyaksikan telatah mereka. 

Beautiful Animals/Facebook

Jika dilatih dengan betul, tidak mustahil gajah-gajah ini boleh memasuki pertandingan berenang kerana tiada apa yang dapat mengatasi minat yang mendalam dalam sesuatu aktiviti!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular