PUTRAJAYA – Sebanyak 75,000 kit ujian COVID-19 iaitu RTK-Antigen telah selamat dihantar ke Sabah menggunakan penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Oktober 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi perkara berkenaan di laman Facebook miliknya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau turut memaklumkan, bekalan stok kit ujian sebanyak 25,000 unit lagi akan dihantar ke negeri itu pada minggu hadapan.

“Pagi ini (15 Oktober) stok RTK Antigen yang baharu telah tiba di Sabah. Sebanyak 75,000 stok telah dihantar dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia. Sebanyak 25,000 lagi stok RTK- Antigen akan dihantar ke negeri Sabah pada minggu hadapan iaitu dijangka bagi kegunaan selama satu bulan,” jelas Dr Noor Hisham.

“Terima kasih di atas bantuan semua pihak, terutamanya TUDM dalam menjayakan penghantaran ini,” Dr Noor Hisham menzahirkan penghargaan.

Dr Noor Hisham turut memuat naik beberapa gambar di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan kit ujian COVID-19 RTK-Antigen telah selamat tiba dan disambut petugas KKM dan JKN.

Untuk makluman RTK-Antigen digunakan oleh petugas KKM ketika melakukan saringan COVID-19 bagi memperoleh keputusan lebih cepat dan pantas.

Kerajaan turut melakukan saringan dan ujian makmal menerusi penggunaan RT-PCR untuk pemastian keputusan COVID-19 paling tepat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular