Bantu membantu sememangnya amalan yang mulia dan kita harus bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah Malaysia, di mana rata-rata rakyatnya masih lagi prihatin antara satu sama lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @aimadazfar telah berkongsi satu situasi yang sungguh memberi inspirasi.

Menurutnya, insiden kemalangan lori yang membawa tanah telah menyebabkan jalan yang dilalui dia dan sepupunya untuk ke sekolah telah dihalang dan ditutup.

Lebih menggusarkan lagi apabila sepupu pengguna itu perlu menduduki peperiksaan jam 9 pagi pada hari berkenaan.

@aimadazfar/Twitter

Namun menurutnya, seorang anggota polis trafik yang membuat sekatan jalan raya kemudiannya datang dan menawarkan untuk menghantar sepupunya itu ke sekolah dengan menaiki motosikal.

@aimadazfar/Twitter

Lebih mengharukan lagi apabila Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), IPD Putrajaya itu baru sahaja selesai menjalankan tugas.

Tindakan anggota PDRM dalam membantu pelajar berkenaan ternyata mengundang pujian daripada rata-rata pengguna di Twitter.

@aimadazfar/Twitter

Mana tidaknya, baru sahaja selesai tugas tetapi masih lagi mahu bantu dan berkhidmat untuk masyarakat. Terima kasih abang polis!

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular