Pelbagai jenis mesin permainan yang ditawarkan di pusat-pusat hiburan kadang-kala memang agar sukar untuk ‘ditewaskan’. Jika berjaya pun, lazimnya perkara itu adalah bergantung kepada nasib yang baik sahaja.

Gambar Hiasan/Unsplash

Bagaimanapun, seorang lelaki Jepun yang datang untuk bermain mesin pencengkam boneka (claw machine) yang ditawarkan di Arked Sega di Tokyo nampaknya agak tidak berpuas hati setelah 50 percubaan yang dilakukan olehnya menemui jalan buntu.

Disebabkan itu, lelaki itu telah memutuskan untuk memanggil polis ke lokasi hiburan itu untuk melaporkan kecurigaannya terhadap mesin permainan berkenaan.

“Saya menghubungi pihak polis kerana saya tidak mendapat (barangan) sama sekali”

オガトゥーン/Twitter

Selepas ketibaan polis di situ, pekerja yang bertugas di pusat hiburan itu telah menafikan dakwaan lelaki berkenaan yang mengatakan bahawa mesin itu adalah satu penipuan.

Namun, malang menimpa pekerja itu selepas dia juga menemui kegagalan selepas melakukan 200 kali percubaan untuk mendapatkan barangan yang terdapat di dalam mesin itu.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, pekerja itu terpaksa mengalihkan kedudukan barangan yang berada di dalam mesin itu agar lelaki yang membuat laporan polis itu lebih mudah untuk mendapatkannya.

Berikutan kes ini, jurucakap syarikat terkemuka Sega telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir keseluruhan permainan ini adalah bergantung kepada kemahiran dan nasib pelanggan yang bermain. Dan, jika mana-mana pelanggan berdepan dengan masalah, mereka boleh meminta bantuan daripada pekerja yang bertugas.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular