Apa agaknya tindakan anda jika berhadapan dengan haiwan yang memerlukan? Seperti apa yang dialami oleh anjing malang ini.

Baru-baru ini, seekor anjing terbiar di Bukit Katil, Melaka didapati menghadapi masalah, di mana terdapat bekas plastik tersangkut di kepalanya.

Sehubungan dengan itu, pasukan Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka (DVS) telah dihubungi bagi memberikan bantuan.

Dengan kerjasama pihak DVS Melaka bersama Pegawai Kebajikan Haiwan dan Pegawai Bahagian Kesihatan DVS, akhirnya anjing tersebut berjaya dibantu.

Mereka mulanya menangkap anjing tersebut bagi membolehkan kerja mengeluarkan bekas plastik yang tersangkut pada kepalanya itu dilakukan.

Menurut kenyataan pihak Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association), anjing berkenaan sudah diperiksa dan disahkan sihat.

Anjing itu juga bakal dibebaskan semula bagi membolehkannya menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

“Tahniah dan terima kasih Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka atas usaha gigih membantu anjing malang ini”.

Mujurlah bekas plastik itu sudah berjaya dikeluarkan daripada kepalanya. Perkara ini sudah pasti tidak akan berlaku jika kita membuang sampah di tempat yang sepatutnya.

Pastikan anda membuang sampah di tong sampah tertutup dan ikat sampah anda, bagi mengelakkan perkara sebegini berulang lagi terhadap haiwan terbiar yang lain.

Selain itu, jika anda ternampak haiwan dalam kesusahan dan tidak mampu untuk membantu, hubungilah pihak yang berkenaan ya! Kasihanilah mereka..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular