Dikelilingi dengan insan-insan yang baik hati juga adalah satu kurniaan yang cukup memberikan kebahagiaan buat kita, bukan? Apatah lagi jiran tetangga yang begitu memahami dan prihatin.

Seperti satu video tular baru-baru ini di media sosial, yang menunjukkan tindakan murni individu dalam membantu ‘menyelamatkan’ jemuran pakaian jiran sebelah rumahnya.

Menyedari jirannya tiada di rumah, seorang lelaki bertindak menarik ampaian baju yang dijemur oleh jirannya, Nur Syazana Izham ketika hujan turun.

Nur Syazana Izham/Facebook

“Duduk di tempat taklimat banci tadi sedih sebab kain jemuran habis basah kuyup. Bila balik, tengok baju sudah ada di bawah bumbung”, tulis Nur Syazana di laman Facebooknya.

“Terima kasih banyak, jiran. Sanggup habiskan tenaga dan masa untuk tarik jemuranku”, tambahnya lagi.

Nur Syazana Izham/Facebook

Menurut Syazana, tindakan jirannya menarik kedua ampaian tersebut bukanlah satu usaha yang mudah. Ianya memakan masa selama lima minit sebenarnya!

Nur Syazana Izham/Facebook

Wanita tersebut mengakui bahawa pada mulanya, dia berasa agak pelik dan bimbang memikirkan bagaimana ampaiannya dialihkan ke kawasan berbumbung.

Nur Syazana Izham/Facebook

Kemudian dia beralih kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati bahawa jirannya yang berbangsa India berkenaan adalah insan membantu mengalihkannya.

“Saya bersyukur sangat. Saya anggap mempunyai jiran yang baik pun satu rezeki juga”, akhiri wanita tersebut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular