Setakat pagi 15 Oktober, kes COVID-19 melibatkan kluster di pusat beli belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama dilaporkan telah mencecah lebih 100 kes.

Pada 14 Oktober, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling (JPBDP) telah mengeluarkan kenyataan mengenai situasi pengesanan kes di 1 Utama dan mendapati terdapat 63 kes positif.

Ia melibatkan tiga orang pengunjung dan selebihnya 44 orang lagi merupakan pengawal keselamatan.

Namun dalam kenyataan terbaharu oleh Pejabat Tanah/Daerah Petaling, kluster tersebut mencatatkan peningkatan kes dan kini melibatkan sejumlah 79 orang pengawal keselamatan dan 18 orang pekerja pembersihan.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan pusat beli belah 1 Utama telah mengeluarkan kenyataan yang menyanggah maklumat mengenai jumlah kes melibatkan kluster tersebut.

Menerusi kenyataan pada 15 Oktober, pihak pengurusan menyanggah laporan JPBD yang mengatakan bahawa terdapat 63 kes direkodkan di pusat beli-belah itu.

“(Kami) ingin menjelaskan bahawa 1 Utama tidak mempunyai 63 kes (COVID-19”, tulis kenyataan berkenaan.

“Adalah mengelirukan untuk menyimpulkan bahawa semua kes dinyatakan dalam laporan (JPDB) berasal daripada 1 Utama kerana tiada kes indeks yang dikenalpasti berasal daripada 1 Utama”.

Ujian besar-besaran melibatkan 6,000 kakitangan diadakan di kompleks beli-belah tersebut dan mendapati hanya 22 kes positif sahaja.

“Hasil ujian berjaya mengenalpasti 20 kakitangan penyewa dan satu staf pengurusan pusat beli-belah yang positif COVID-19”.

22 orang berkenaan difahamkan telah dikuarantin dan diasingkan dengan pantas oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan.

Tambah pihak pengurusan lagi, jumlah 22 kes walau bagaimanapun tidak selari dengan jumlah kes yang dilaporkan oleh KKM pada sesi sidang media 14 Oktober lalu.

Menurut data daripada pihak KKM, sebanyak 27 kes direkodkan di bawah kluster berkenaan.

44 orang pengawal keselamatan yang didapati positif juga bukanlah sebahagian daripada ujian berskala besar yang dijalankan sebelum ini.

Posted by 1 Utama Shopping Centre on Saturday, October 10, 2020

1 Utama Shopping Centre/Facebook

“Mereka ‘tidak berasal’ daripada premis 1 Utama ini. Mereka adalah pengawal kontrak daripada penyedia perkhidmatan (pihak ketiga), di mana wabak itu menular di asrama dan bukanlah di premis kami”.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular