Sekiranya ibu bapa baharu pernah berusaha menenangkan bayi baru lahir yang sedang menangis dan mahu si kecil tidur lena, mungkin ramai yang masih belum faham caranya yang betul.

Salah satu cara yang berkesan adalah dengan membedung bayi untuk membuatnya berasa aman dan selesa ketika tidur seperti berada dalam pelukan, serta untuk mengelaknya daripada refleks terkejut.

Ibu bapa baharu memerlukan beberapa kali percubaan untuk menjadi mahir membedung bayi dengan cara yang betul, tetapi cara membedung bayi dengan menggulingnya sebelum melilitnya seperti burrito amat jarang berlaku terutama ketika anda baharu pertama kali menjadi bapa yang masih kekok.

Barstool Sport/Facebook

Seorang bapa baharu melakukan percubaan membedung bayi kesayangannya yang baru lahir buat pertama kali dan pasangannya berkongsi rakaman video untuk menunjukkan betapa kreatifnya dia.

Barstool Sport/Facebook

Bapa baru ini ingin menenangkan tangisan bayinya yang baru lahir dan memutuskan cara membedung itu akan menjadi pilihan terbaik. 

Barstool Sport/Facebook

Pada mulanya, dia dengan wajahnya yang yakin dan arif menjaga bayi seperti tahu apa yang patut dilakukan untuk membuat si comel berasa selesa dan senyap daripada terus menangis.

Barstool Sport/Facebook

Macam betul sahaja cara bedung bayi, tetapi tiba-tiba bapa ini mengguling si kecil dengan pantas dan merapinya seperti bungkusan burrito.

Barstool Sport/Facebook

Bayi itu selamat dibedung untuk membuatnya berasa selesa dan aman pada akhirnya tetapi proses itu menyebabkan sebilangan ibu bapa terkejut apabila melihat gulingan yang tiba-tiba itu.

Rakaman video yang terus menjadi tular dengan lebih satu juta tontonan dan lebih 125,000 perkongsian di Facebook.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular