Dengan pengamalan norma baharu berikutan penularan wabak Covid-19, kebanyakan negara di dunia kini telah mewajibkan semua penduduknya untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dalam usaha untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, sebuah kisah yang agak lucu telah berlaku di negara jiran kita, Singapura, apabila dua orang rakan kepada Fatin Ameerah, 26, telah membawa maksud ‘pelitup muka’ ke satu tahap yang lebih tinggi.

Fatin Ameerah/Facebook

Fatin Ameerah/Facebook

Semuanya bermula apabila Fatin dan dua orang rakannya memutuskan untuk makan lewat malam di sebuah restoran di Tampines apabila pelitup muka yang dibawa oleh Fatin telah terjatuh dan tidak boleh digunakan lagi.

Disebabkan itu, Fatin meminta dua orang rakannya untuk pergi membeli sehelai pelitup muka di kedai berdekatan agar mereka boleh pulang selepas semuanya selesai.

Fatin Ameerah/Facebook

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, dua orang rakan Fatin telah merancang untuk mengusik Fatin dengan membeli pelitup muka yang sangat unik, iaitu ‘pelitup’ kepala kuda yang sememangnya kelihatan sangat lucu apabila dipakai.

Fatin Ameerah/Facebook

Reaksi pertama sebaik sahaja Fatin menerima pelitup berkepala kuda itu sememangnya sangat lucu. Fatin tidak mampu berkata-kata kerana terlalu sibuk ketawa!

Bukan itu sahaja, yang menambahkan lucu adalah apabila suara ketawa rakan-rakan Fatin disebalik video yang tidak berhenti ketawa sambil mengarahkan Fatin untuk memakai pelitup kepala itu.

Fatin Ameerah/Facebook

Fatin Ameerah/Facebook

Menurut Fatin apabila ditemu bual oleh laman Mothership, dia langsung tidak menyangka rakan-rakannya akan mengusik dirinya kerana selama ini rakan-rakannya itu bukan jenis yang sebegitu!

Selepas beredar dari restoran, Fatin dan rakan-rakannya memutuskan untuk menggunakan pelitup kepala itu dengan sepenuhnya. Mereka berjalan-jalan di pasaraya, bermain di taman permainan kanak-kanak dan memanfaatkan sepenuhnya pelitup kepala bernilai 19.90 SGD (RM60.79) itu.

Fatin Ameerah/Facebook

Fatin Ameerah/Facebook

Fatin Ameerah/Facebook

Nampaknya walaupun kejadian itu sememangnya tidak disangka-sangka berlaku, tetapi Fatin dan rakan-rakannya semestinya telah mengumpul memori yang indah dan lucu untuk dikenang.

Dan seperti kapsyen kiriman Fatin, dia kini “benar-benar dilindungi sekarang” dengan adanya pelitup berkepala kuda itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular