Presiden Donald Trump telah diuji untuk Virus PKC (COVID-19) pada 12 Oktober dan selama dua hari berturut-turut, keputusan menunjukkan ia adalah negatif, kata Doktor Rumah Putih Dr. Sean P. Conley.

Presiden Donald Trump terbang ke Florida untuk menghadiri kempen dan perhimpunan pilihan raya, buat pertama kali sejak dijangkiti virus itu hampir dua minggu yang lalu.

Dr. Sean Conley mengeluarkan memo yang disiarkan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih Kayleigh McEnany yang melaporkan Presiden Trump ‘telah diuji dengan keputusan NEGATIF, selama dua hari berturut-turut, dengan menggunakan kad antigen Abbott BinaxNOW.’

“Penting untuk diperhatikan bahawa ujian ini tidak digunakan secara dalam pengasingan untuk menentukan status semasa Presiden yang negatif. Ujian antigen dengan keputusan negatif berulang kali, diambil sesuai dengan data klinikal dan makmal tambahan, termasuk ‘viral load’ dan penemuan lain. Semuanya menunjukkan kekurangan replikasi virus yang dapat dikesan,” lapor Dr. Sean Conley.

Hasil penemuan juga menunjukkan bahawa Presiden Trump “tidak menjangkiti atau menyebarkan virus itu kepada orang lain,” tambah memo itu lagi.

Pada 12 Oktober hari Isnin, Kayleigh McEnany yang juga disahkan positif dijangkiti virus PKC, telah  mengesahkan Presiden Trump akan menghadiri perhimpunan di Florida, yang dijadualkan pada jam 7 malam di Orlando.

“Kempen ini akan memberikan anda pelitup muka, menggalakkan orang awam memakainya dan menyediakan pembersih tangan. Pada akhirnya, anda memiliki hak di negara ini untuk muncul dan menyatakan pandangan politik anda. Itulah sebabnya kami mengadakan perhimpunan dan protes secara aman. Dan anda tidak boleh mempunyai satu standard untuk penunjuk perasaan di luar sana di satu pihak sahaja, tetapi tidak bagi mereka yang ingin menyatakan hak Pindaan Pertama mereka untuk menyokong Presiden ini,” kata Kayleigh McEnany dalam wawancara bersama Fox News.

Bekas Naib Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan, mengkritik tindakan Presiden untuk mengadakan perhimpunan dan berkempen.

“Presiden Trump datang ke Sanford hari ini dengan membawa perilaku melulu, retorik dan memecah belah, serta mencetuskan ketakutan,” kata Joe Biden sebelum mengemukakan tuduhan dari Senat Demokrat bahawa calon Trump untuk Mahkamah Agung, Hakim Amy Coney Barrett, akan menolak peruntukan dalam Akta Penjagaan Mampu (ACA).

Saul Loeb/AFP/Getty Images

“Sama berbahaya adalah apa yang beliau gagal untuk membentang, tiada rancangan untuk membendung virus ini yang telah meragut nyawa lebih 15,000 warga Florida yang berada dalam kawalan, tiada rancangan untuk melindungi rawatan kesihatan di tengah-tengah serangannya terhadap ACA, dan sudah tentu tiada rancangan untuk mengurangkan kesan ekonomi yang telah ditimbulkan oleh pandemik ini ke atas keluarga kelas pertengahan di Florida Tengah,” tambah Joe Biden.

Presiden Donald Trump, Wanita Pertama Melania Trump, Pengerusi GOP Ronna McDaniel dan beberapa senator Republikan, bekas Gabenor New Jersey Chris Christie, serta beberapa ahli politik yang lain telah disahkan positif dijangkiti Virus PKC dalam beberapa hari terakhir. Chris Christie dan Presiden Trump telah dimasukkan ke hospital, dan kedua-duanya kemudian telah dibenarkan discaj.

Tetapi pada 11 Oktober, Presiden Trump memberitahu Fox News bahawa beliau ‘berada dalam keadaan yang sangat baik untuk bertempur’ sambil menyarankan bahawa beliau ‘imun atau kebal’ daripada virus.

 

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular