Pihak Persekutuan Bola Sepak Portugal pada 13 Oktober lalu telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa pemain bola sepak kebangsaannya, Christiano Ronaldo positif COVID-19.

Walau bagaimanapun, sumber mengatakan bahawa beliau dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang gejala yang ketara.

“Christiano Ronaldo tidak akan diturunkan semasa perlawanan menentang Sweden untuk Liga UEFA dijadualkan pada 15 Oktober, selepas didapati positif”.

Keseluruhan pasukan Portugal walau bagaimanapun diuji negatif dengan virus itu. Kini Ronaldo difahamkan sedang menjalani kuarantin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Beliau juga tidak dapat menyertai perlawanan Juventus akan datang dalam pertembungan Serie A menentang Crotone.

Begitu juga dengan perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara menentang Dynamo Kyiv seperti yang dijadualkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN SUKAN

Video Popular