Memiliki peranti canggih pada zaman serba moden ini merupakan suatu perkara biasa, di mana rata-rata masyarakat dunia pasti mempunyai peranti teknologi masing-masing.

Kita juga sedia maklum bahawa bateri peranti misalnya telefon bimbit memerlukan pengecasan yang berterusan bagi membolehkan kita terus menggunakannya.

Foto hiasan/Pixabay

Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa berwaspada semasa mengendalikan telefon bimbit khasnya ketika ianya sedang dicas.

Sambungan secara langsung pada soket elektrik menjadikan ia agak berisiko terhadap aspek keselamatan.

Cuba anda tonton video di bawah :

Aziaty Ty/Facebook

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa arus elektrik terdapat pada telefon bimbit yang disambungkan pada kabel pengecas yang dihidupkan.

Alat pengesan aliran arus elektrik dilihat menyala apabila ia diletakkan pada bahagian-bahagian yang diuji.

Aziaty Ty/Facebook

Dan mengejutkan juga apabila arus elektrik turut dikesan pada kabel fon telinga yang disambungkan pada telefon berkenaan.

Ini bermakna, penggunaan fon telinga yang disambungkan pada telefon bimbit yang sedang dicas adalah satu tindakan yang merbahaya.

Oleh yang demikian, semua pengguna disarankan untuk elak menggunakan telefon bimbit atau apa-apa peranti yang sedang dicas untuk mengelakkan perkara tidak diingin berlaku.

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular