- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Ambil masa lima minit bantu alihkan ampaian kain jiran dengan menggunakan sebatang kayu, rakaman kamera litar tertutup ini buat orang ramai terharu dengan semangat kejiranan yang ditunjukkan

Untuk mendapat jiran tetangga yang baik dan boleh diharap ketika kita tiada di rumah adalah salah satu rezeki yang tidak mudah untuk didapati. Tambahan pula dengan kehidupan di kota yang sentiasa sibuk, kita cenderung untuk menjaga keluarga dan diri kita sendiri sahaja.

ERA (Malaysia)/Facebook [1]

Bagaimanapun, baru-baru ini, sebuah rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bagaimana seorang jiran yang berusaha untuk mengalihkan ampaian kain jemuran untuk diletakkan di bawah bumbung telah berjaya menarik perhatian ramai.

ERA (Malaysia)/Facebook [1]

Yang uniknya adalah apabila jiran pemilik rumah berkenaan memutuskan untuk menggunakan sebatang kayu untuk menarik dan menolak ampaian besi berkenaan dan tugasnya itu sebenarnya tidak mudah.

Hal ini kerana rumah kedua-duanya dipisahkan dengan pagar besi dan batu dan menyebabkan jirannya itu sukar untuk mencapai ampaian berkenaan.

ERA (Malaysia)/Facebook [1]

Apabila ampaian berkenaan sudah boleh dicapai melalui celahan pagar, jirannya dilihat menggunakan tangan pula untuk mengalihkan ampaian berkenaan ke arah ruangan berbumbung rumahnya. Kemudian, apabila semakin menjauh, jirannya menggunakan kayu itu semula untuk menolak ampaian itu supaya semua kain jemuran dapat terlindung daripada hujan. 

Menurut pemilik rumah, jirannya itu mengambil masa kira-kira lima minit untuk selesai mengalihkan ampaian berkenaan dengan sepenuh hatinya. Lama juga masa yang diambil! 

ERA (Malaysia)/Facebook [1]

Tetapi syukurlah, dengan bantuan daripada jirannya itu, kain jemurannya semua selamat dilindungi daripada air hujan.

Susulan muat naik video ini oleh laman ERA (Malaysia) [1] di Facebook, ramai warganet telah meninggalkan komen positif dan ada juga antaranya yang meninggalkan kisah pengalaman mereka yang hampir serupa dengan video ini.

ERA (Malaysia)/Facebook [1]

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video ini telahpun meraih sehingga lebih dari 1,500 reaksi, 108 komen dan 73 perkongsian setelah dimuatnaik pada petang 12 Oktober 2020.

loading...